..

..

CALON RECYCLE & BOIKOT AKAR UMBI PAS PERMATANG PAUH #PRKPermatangPauh

on Friday, April 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Difahamkan bahawa PKR masih teragak-agak untuk memilih calon mereka untuk PRK Permatang Pauh.
Ketidakpastian mereka itu bertambah apabila BN mencalonkan pemimpin muda selaras dengan slogan transformasi yang dinyatakan oleh Dato' Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO Permatang Pauh.
Sekarang, adalah sukar untuk PKR meletakkan Wan Azizah kerana beliau adalah calon recycle yang pernah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu. Ianya hanya kerana mahu diganti oleh suami beliau yang sekarang berada di dalam penjara kerana meliwat staf lelaki.

Warga Permatang Pauh sudah muak dengan politik PKR yang hanya berkisar kepada dinasti keluarga yang dipersoalkan sumbangan mereka di parlimen tersebut.

Pemilihan Suhaimi Sabudin untuk menjadi calon BN dilihat sebagai strategi yang akan melipatgandakan usaha BN membantu rakyat setempat.

Dengan kesungguhan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang selama ini sangat aktif membantu rakyat setempat, kemenangan calon BN kelak akan dinikmati oleh rakyat Permatang Pauh.
Bayangkanlah faedah yang akan dikecapi oleh rakyat Permatang Pauh jika kawasan itu mempunyai 2 sumber iaitu ahli parlimen BN yang dapat berurusan direct kepada kerajaan BN Persekutuan, begitu juga dengan Ketua UMNO bahagian untuk membantu rakyat.
Tambahan pula, konflik di antara PAS kawasan Permatang Pauh dengan beberapa kepimpinan PAS pusat semakin teruk apabila Yang dipertua PAS kawasan tersebut tidak akan mengambil kira pandangan atau arahan sama ada daripada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu, ataupun pengarah pilihan raya PAS iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Kami tak mahu ambil kira pandangan dia (Mujahid) sebab mereka tak ketemu dengan kami. (Sebelum beri pandangan)...dia kena turun jumpa kami baru dapat maklumat (tentang sentimen akar umbi)," katanya

Sikap pemimpin-pemimpin PAS yang tidak bertemu dengan PAS kawasan Permatang Pauh ini dilihat sebagai pengecut kerana mereka hanya memberi arahan dari jauh sahaja padahal, pihak yang akan bekerja untuk jentera pilihanraya nanti ialah PAS kawasan tersebut.

YDP PAS kawasan Permatang Pauh juga berkata, PAS Permatang Pauh masih berpegang kepada keputusan mesyuarat agung bahagian itu 19 April lepas supaya Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataannya tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud. Beliau juga menempelak DAPsy Pulau Pinang yang kononnya mahu mengenepikan sengketa buat sementara.

Lepas PRK, sambung maki hamun hina Presiden PAS ?

Yang pastinya, bukan DAPsy dan Wan Azizah sahaja yang patut meminta maaf tetapi seluruh CEC DAP dan Lim Guan Eng kerana telah menghina Abdul Hadi Awang sebelum ini dengan penghinaan yang menjatuhkan maruah dan kredibiliti Presiden PAS itu.
Kita tunggu 25hb April dan lihat pihak manakah yang akan berlakon dan yang mengalah!
Esok kita juga mahu lihat jika masih ada penyokong-penyokong PAS yang akan mengibarkan bendera DAP dan PKR, parti yang telah me'ludah' perjuangan Hudud PAS dan Presiden PAS.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.