..

..

CALON BN MAMPU MELAKAR SEJARAH TUMBANGKAN LEGASI ANWAR DI PERMATANG PAUH #PRKPermatangPauh

on Friday, April 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


UMNO  Permatang Pauh membuktikan transformasi mereka kepada rakyat di sini dengan   menampilkan calon baru , orang muda untuk menjadi calon BN di PRK Permatang Pauh .

Perwatakan rendah diri & suka membantu orang  beliau dilihat mampu membuat kejutan kali ini seperti mana disebut Ketua Bahagian Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said  bagi melakar sejarah baru menumbangkan legasi kerabat Anwar di Permatang Pauh




Setiausaha UMNO Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin,44, diangkat sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Permatang Pauh di Pusat Gerakan BN, di sini, hari ini.

Pencalonannya dimumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, Suhaimi yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh itu adalah calon terbaik dan disukai penduduk di Permatang Pauh.

Hadir sama pada majlis itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN negeri Tan Cheng Yeow, Pengerusi MCA negeri Datuk Chew Mei Fun, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Subramanian dan Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Beliau berkata, beliau yakin Suhaimi yang juga seorang ahli perniagaan itu mampu membawa suara Permatang Pauh di Parlimen.

Muhyiddin berkata, dia juga yakin kemenangan BN di Permatang Pauh dengan sambutan yang diterimanya.
Katanya, Suhaimi bakal memikul tanggungjawab yang berat namun yakin beliau mampu memikulnya.





One Response

  1. Anonymous says:

    ye ke?.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.