..

..

CALON BN GUNA PENDEKATAN KEMPEN SECARA BERSIH #PRKPermatangPauh #cukuplahkamipulak

on Saturday, April 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh Suhaimi Sabudin berharap PRK ini dapat dijalankan dalam suasana yang baik dengan berkempen secara bersih.

Suhaimi berkata, kempen yang bersih mencermin peribadian sebuah parti itu dan kita tidak akan menggunakan keperibadian seseorang calon itu untuk menjatuhkannya.

"Kempen yang bersih sudah semestinya mencerminkan satu suasana politik yang baik.

"Kita tidak boleh serang secara individu dan menjatuhkan maruah pihak lawan," kata Suhaimi ketika ditemui Utaranews.com.

Suhaimi yang ditanya mengenai kemungkinan beliau akan diserang secara peribadi berkata, serangan itu sebagai usaha untuk melemahkan semangat dan beliau telah bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan.

Menyentuh mengenai keyakinan untuk memenangi PRK Permatang Pauh, Suhaimi berkata, dengan sokongan dan semangat juang jentera BN dan barisan pemimpin tertinggi di belakangnya, beliau yakin BN akan memenangi kerusi kubu kuat PKR itu.

"Saya berserah pada ketentuan Allah, dengan sokongan dan semangat juang pasukan-pasukan yang ada, jentera yang ada bekerja di belakang saya, InsyAllah, membantu kita memenangi PRK ini," katanya.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.-Utaranews.com-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.