..

..

BNBBC DEDAH NAJIB - MAHATHIR SUDAH BERSEMUKA JELASKAN ISU

on Tuesday, April 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara ‘one-to-one’ bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu terhadap pentadbiran kerajaan hari ini.
Malah Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC),Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, beberapa wakil rakyat parti itu juga telah mengadakan pertemuan segera dengan Dr Mahathir berhubung isu berkenaan.
“Kami sendiri sudah bersemuka dengan Tun Mahathir malah Perdana Menteri sendiri sudah berbuat demikian.
“Saya pernah tanya Perdana Menteri (hasil pertemuan), beliau kata Tun Mahathir hot and cold,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Sejak minggu lalu, Dr Mahathir secara agresif mengkritik pentadbiran Najib, malah secara konsisten memberi tekanan supaya Perdana Menteri meletak jawatan.
Dr Mahathir juga meramalkan BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sekiranya parti itu dan Umno masih diterajui Najib.
Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu juga membangkitkan beberapa isu kontroversi yang menyelubungi pentadbiran Najib, termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mengulas lanjut, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berpandangan bahawa wakil rakyat BN perlu mempertahankan pentadbiran Najib daripada terus ‘diserang’ secara terbuka.
“Tetapi kali ini keadaan berbeza kerana sudah masuk secara terbuka. Kami rasa kalau sayangkan parti, bukan ini caranya.
“Kalau kita diam saja takkan bawa kesudahan, sebab itu sebagai Ahli Parlimen kita bukan sokong buta tuli kerana kami sudah lihat perubahan dibawa Perdana Menteri,” katanya. – Mstar


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Shahrir Samad ni perlu jelaskan berhubung isu 1MDB yang dia dah dengar dari penjelasan Najib, kononnya penjelasan panjang lebar hingga semua Ketua Bahagian sangat faham pasal 1MDB itu.

    Persoalan saya kepada Shahrir Samad, sila jawab isu ini:

    1. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan? Apakah 1MDB tidak mempercayai dan tidak mempunyai keyakinan terhadap institusi perbankan tempatan termasuk yang kerajaan punyai pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

    2. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

    Sila jawab persoalan itu, jangan hanya tau merapu dan meracau tak tentu hala sahaja.

  2. Anonymous says:

    “Tetapi kali ini keadaan berbeza kerana sudah masuk secara terbuka. Kami rasa kalau sayangkan parti, bukan ini caranya. - Kata Shahrir Samad Pengampu Najib.

    Kalau itu bukan caranya, nak guna cara apa lagi? Tun M dah bersemuka, berbincang elok-elok, beri nasihat, beri teguran, sindiran berlapik, semuanya tak jalan, nak guna cara apa lagi untuk sedarkan Najib yang tak sedar diri itu?

    Shahrir Samad sendiri pun dah tak ada jawapan kerana dia hanya menyokong membuta tuli, tidak lihat apa yang betul, apa yang salah, yang dia tahu dia ken sokong Najib supaya dia dapat kekalkan kedudukan dia di pandangan Najib supaya dia diberi perhatian dan mungkin mendapat kedudukan yang lebih baik.

    Itu semua kalau Barisan Nasional masih berkuasa selepas PRU 14 nanti, kalau Barisan Nasional dah tumbang, tak guna dah perhatian Najib pun, kerana korang dah jadi pembangkang, apa gunanya?

    Sebagaimana Tun M juga, kami mengkritik bukannya kerana nak sabotaj UMNO, tapi kami dan Tun M mengkritik kerana nak selamatkan UMNO dari disabotaj oleh Najib dan kuncu-kuncunya kerana nafu syok sendiri dan tamakkan harta negara, ini hakikatnya. Kami tak mahu UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 disebabkan kejahilan Najib dan kuncu-kuncunya itu.

  3. Abdul Rahim B. Abd Rahman - KEDAH says:

    Sungguh hebat hang punya komen sila nyatakan nama, suku kaum mana,agama apa dan paling penting No ahli parti mana.

    Tambah sikit lagi kerja kat mana kerajaan, swasta atau petani, penternak, nelayan kebangsaan alamat di mana.

    Jika betul anak jantan dan berprinsip tak perlu berselindung di sebalik Anonymous.

  4. Anonymous says:

    At last the truth prevail..Mahathir
    tahu dia telah kalah dan spt seorang pemburu kini dia jadi buruan pula..
    dah terbalik..hanya masa yg akan menentukan nasibnya..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.