..

..

BN SEDIA LAKUKAN KEJUTAN DI PRK PERMATANG PAUH @dzaidisaid @dzainalabidin @Zahid_Hamidi

on Saturday, April 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





 - Walaupun bakal berhadapan dengan pelbagai serangan politik, BN yakin mampu membuat kejutan dalam PRK Permatang Pauh nanti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tahu banyak isu-isu yang akan dihadapi oleh BN namun keseluruhan jentera sudah bersedia menghadapinya.

"Kami tahu banyak isu yang akan menghujani kami terutama isu terbaharu yang kami faham dan kami dapat tahu ada pihak yang sudah sediakan peluru untuk kami.

"Peluru politik ini memang kami jangkakan bertujuan memusnahkan imej parti tetapi saya yakin dengan komitmen jentera BN dan Umno Permatang Pauh serta negeri akan menghasilkan kejutan," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama empat peringkat bahagian Permatang Pauh di Wisma Transformasi Umno Permatang Pauh di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Ahmad Zahid yang juga Pengarah Pilihan Raya BN PRK Permatang Pauh berkata, walaupun BN tewas pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 11,721, namun dengan kekuatan dan kesepakatan jentera BN, suatu kejutan boleh berlaku.



"Kaji selidik yang dilakukan mendapati rakyat sudah jemu dengan apa yang dialami selama ini bukan sahaja soal pembangunan tetapi merasakan perubahan harus dilakukan.

"Mereka mahu cita rasa baharu yang dapat mengubah landskap politik di Permatang Pauh dan negara," katanya.

Ahmad Zahid juga yakin tiada unsur sabotaj dari dalam parti kerana calon yang dipilih adalah dalam kalangan kepimpinan bahagian sedia ada.

"Kita akan pilih calon yang disukai dan boleh menang dalam PRK kali ini. Apa yang pasti kami akan membuat kejutan di Permatang Pauh," katanya





One Response

  1. Anonymous says:

    Saya Percaya bn akan kalah kerana undi protes dari rakyat akibat dari isu2 yg timbul dan tak terjawab sekarang oleh bn Sekarang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.