..

..

BILA ORANG LAMA UMNO SEBUT GST UMPAMA KAHWIN PAKSA

on Tuesday, April 14, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam menyifatkan Cukai Barangan dan Perkhimatan (GST) seperti kahwin paksa.
Katanya, walaupun dilihat seperti bukan suatu perkara yang baik, namun ia akan memberi kesan yang baik kepada umum sama seperti 160 buah negara yang telah menggunakan cukai tersebut.
“Ia seperti kita nak suruh anak kita kahwin, tapi anak kita belum suka lagi, jadi bila dah kahwin tu, malam pertama, kedua, ketiga tu mungkin tidur berasingan.
“Tapi lama-lama nampak ok, tahu-tahu hujung tahun dapat anak, bukan 1 tapi sampai 4, jadi saya fikir GST ni macam kahwin paksa, nampak macam tak bagus tapi bagus sebab dah dicuba di banyak negara kan,” katanya ketika membahaskan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Negara, Selasa.
Namun jelasnya lagi, apa yang perlu diperbaiki adalah dari segi penguatkuasaan di mana usaha perlu dilipat gandakan supaya dapat membuktikan cukai GST adalah cukai yang terbaik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Mengulas lanjut, usaha kerajaan itu adalah selaras dengan enam pra-syarat utama bagi menjamin masa depan negara dan rakyat iaitu keamanan, aktiviti ekonomi yang rancak, peluang pekerjaan yang banyak, pendapatan yang meningkat, kemiskinan yang rendah dan sifar, kadar inflasi yang rendah dan sederhana.
“Dalam hal ini kepujian perlu diberikan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I atas kejayaan cemerlang beliau dalam mengekalkan keamanan dan keselamayan rakyat serta kemampuan mengemudikan ekonomi negara.
“Dari segi keamanan dan keselamatan, adalah jelas sekali bahawa beliau berjaya mengurangkan kadar jenayah yang merupakan salah satu daripada 7 NKRA yang telah beliau tetapkan dimana kasar jenayah telah berjaya dikurangkan sebanyak 27 peeatus daripada 572 kejadian jenayah sehari kepada 419 kejadian sehari,” ujarnya.
Katanya, ia telah melebihi sasaran 25 peratus yang ditetapkan sebelum ini untuk meningkatkan persepsi keselamatan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.