..

..

BILA FAKTA DR KHAIRUDDIN KETUA PENERANGAN ULAMA PAS ADALAH BOHONG

on Monday, April 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Fakta yang digunakan Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung cukai GST dan berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion bukan sahaja tidak betul malah satu pembohongan.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ketika jadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tidak pernah ada laporan Ketua Audit Negara menyebut angka itu sebagai ketirisan kerajaan.
khairuddinpas
KHAIRUDDIN
“Soal ketirisan perbelanjaan, sebagai contoh (oleh Mohd Khairuddin)  sama sekali tak betul malah suatu pembohongan.”.
“Saya pernah menjadi Pengerusi dan berurusan dgn Ketua Audit Negara berasaskan Laporan Tahunan Negara. Tidak ada mana-mana laporan tahunan ketua audit  pernah menyebut angka RM28 billion sebagai jumlah ketirisan perbelanjaan kerajaan,” kata Ahli Parlimen Johor Bharu itu.
Shahrir, kini Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC_ berkata, jika sampai sampai RM40 billion seperti dikatakan Mohd Khairuddin, ianya rekaan dan pembohongan semata-mata.
Menurut Shahrir, hutang kerajaan dihadkan kpd 55 peratus Keluaran  Dalam Negara Kasar  atau GDP dan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak, jadi Perdana Menteri, had ini telah dipatuhi.
“Bandingkan dengan angka 77 peratus semasa Tengku  Razaleigh Hamzah dan 100 peratus ketika Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan,”.

“Tetapi setelah Dasar Penswastaan, kerajaan dan negara mampu melalui suasana itu. Apa pula dalam keadaan hutang kerajaan terhad kpd 55% KDNK,” ujarnya menjawab tohmahan tulisan Mohd Khairuddin “Himpunan Derita Rakyat; Kenapa Kita Menentang GST?.
Mohd Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat mendakwa. cukai GST tidak mengenal kaya dan miskin malah itu satu kezaliman  justeru, ia bercanggah dengan Islam.
Dalam tulisan ketika mengajak orang ramai behimpunan menentang GST di padang Merbuk, Sabtu, beliau menuduh cukai GST dikenakan ketika kerajaan boros berbelanja dan berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion.
Katanya, negara tidak bermasalah untuk memperolehi pendapatan tetapi bermasalah dalam membelanjakan pendapatan kerana boros dan tiris.


One Response

  1. Anonymous says:

    Memang betul cukai GST tidak mengenal kaya dan miskin, tapi si kaya akan tetap berbelanja mewah dan bayar GST lebih, manakala si miskin akan berbelanja ikut kemampuan dan GST juga akan dibayar kurang. Cuma si khairuddin ni tak cakap pasal pemberian BRIM yang akan meringankan beban si miskin. Si miskin dan golongan pertengahan (sehingga pendapatan RM4,000) dapat BRIM, golongan kaya tak dapat.... jadi disitu jelas menunjukkan bagaimana mangkuk khairudin ni cuba menyembunyikan situasi sebenar, dimana tujuan sebenarnya adalah semata-mata untuk menghasut rakyat supaya bencikan kerajaan. Modus operandi yang cukup haram jadah dari orang dikatakan kononnya cukup berilmu.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.