..

..

BANJIR KAJANG : WAN AZIZAH ANGGAP IA SELESAI DENGAN HANTAR WAKIL SAHAJA #PRKPermatangPauh

on Thursday, April 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu isu ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini tidak diperbesarkan.

Malah Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, masalah berkenaan sudah ditangani oleh wakilnya di kawasan itu.

"Ehh...mana ada (masalah), semua selesai  dah. Kita dah lama turun buat kerja.

"Tak...tak dak, tak ada masalah. Semua OK. Tak ada isu dah," katanya ketika ditemui mStar Online selepas bersarapan bersama penduduk kampung di Permatang Rawa di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rungutan penduduk di Kajang mengenai ketiadaannya di kawasan yang diwakilinya itu sewaktu banjir kilat baru-baru ini.

Malah pada Rabu, Dr Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh mengakui tidak sempat berada di Kajang ketika insiden banjir kilat melanda.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah juga mengakui mampu menguruskan dua kawasan berbeza iaitu di Selangor dan Pulau Pinang jika menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh. 




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.