..

..

ALAHAI .. UGUTAN PAS PERMATANG PAUH DIBAKUL SAMPAHKAN MAT SABU !! @dzainalabidin

on Monday, April 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Akhirnya PKR berjaya mengarahkan  Pas Pusat menerusi Mat Sabu & Mustafa Ali  bagi  mengarahkan kesemua jentera Pas turun padang membantu calon PKR menang di PRK Permatang Pauh.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, antara jentera yang dikerah untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh termasuk jentera di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
Manakala Mustafa Ali berkata apa sahaja keputusan Pas kawasan adalah hak kawasan tersebut namun hanya keputusan Pas Pusat yang terpakai.klik di sini 




Ia sekaligus menunjukkan PKR lebih berkuasa daripada PAS hingga berjaya mengarah  mereka agar mengerahkan  jentera mereka dari negeri lain dan juga PAS Kawasan turun ke PRK Permatang Pauh . 

Malah ia juga menafikan hak  PAS Kawasan Permatang Pauh semalam yang memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil itu.


    
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.


Kesimpulannya , UGUTAN KATA DUA PAS PERMATANG PAUH KEPADA PKR  DEMI PERTAHAN HUDUD  AKHIRNYA  TELAH DIBAKULKAN SAMPAHKAN MAT SABU  ... 

MARUAH MEREKA YANG MEMBAWA SUARA AKAR UMBI AHLI PAS DINAFIKAN DEMI  MENGANGKAT SEMULA KERABAT ANWAR SEBAGAI AHLI PARLIMEN ...


One Response

  1. Anonymous says:

    SALAM BRO,NAK BUAT MACAM MANA ? AHLI PAS MEMANG TAKDAK TELOQ,IKUT AJE KATA DAP DAN PKR !

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.