..

..

AHLI PKR BANTAH WAN AZIZAH & ANAK ANWAR JADI CALON PRK PERMATANG PAUH

on Monday, April 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





 Yang Berhormat Dato Seri
Dr Wan Azizah Binti Dato Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

4april 2015

SURAT TERBUKA UNTUK DR WAN AZIZAH PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) :

BANTAHAN TERHADAP CALON DARI KALANGAN KELUARGA ANWAR IBRAHIM DALAM PRK PERMATANG PAUH.

Assalamulaikum

Yang Berhormat,

Pertamanya saya memohon maaf kepada Yang Berhormat kerana tidak memanggil Yang Berhormat dengan Dato Seri kerana bagi saya pingat Dato Seri yang YB terima tersebut lansung tidak mempunyai nilai walau satu sen pun kerana nama YB di senaraikan sebagai penerima pingat kepada TYT Pulau Pinang oleh pembodek pembodek PKR di Pulau Pinang dan bukan kerana jasa YB terhadap rakyat di Pulau Pinang.

Namun begitu saya tidaklah mahu menyalahkan Yang Berhormat kerana sudah tentu Yang Berhormat  bukanlah seorang yang gilakan pangkat dan gelaran seperti mana pemimpin PKR di  Pulau Pinang ini yang sendiri kasi nama untuk menjadi Dato seperti, Dato Dr Mansor, Dato Mustaffa, Dato Halim, Dato Rashid, Dato Malek dan lain lain lagi Dato yang mengambil peluang dengan jawatan politik yang ada untuk menamakan sendiri diri mereka menjadi Dato.

Maka dengan itu adalah lebih sesuai sekiranya saya memanggil Yang Berhormat Dr dengan panggilan Kak Wan saja kerana saya tahu hati Yang Berhormat Dr ini baik umpama hati Dr Hasmah isteri Dr Mahathir yang pernah menjadi kawan baik kepada Yang Berhormat Dr.

Yang Berhormat Kak Wan

Surat saya ini bukanlah mewakili mana mana parti atau pertubuhan dan saya bukanlah siapa siapa dalam masyarakat ataupun dalam golongan intelek tapi saya hanyalah seorang miskin yang sekolah setakat darjah tiga sahaja cuma boleh menaip untuk bermain facebook saja.

Cumanya saya terasa terpanggil untuk menulis surat ini kepada Kak Wan atas sebab saya sebagai pengundi Permatang Pauh yang akan mengundi sekali lagi dalam pilihanraya kecil yang akan di adakan nanti dan saya juga merasa kan sebagai orang bawahan wajiblah memberitahu perkara yang sebenarnya apa yang berlaku di bawah.

Yang Berhormat Dr Kak Wan,

Di pendekan cerita biarlah saya berterus terang bahawa cadangan meletakan Kak Wan atau anak anak Kak Wan sebagai calon di Permatang Pauh adalah sangat membosankan. Sampai bila telingga rakyat hendak di sumbatkan dengan cerita Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izah dan paling terkini Nurul Nuha.

Seolah olah tidak ada benda lain yang lebih penting dari cerita Anwar Ibrahim dan keluarganya, seolah olah tidak ada nama lain yang boleh di tonjolkan sebagai penganti Anwar selain dari kalangan keluarganya juga.

Saya faham perasaan Kak Wan dan keluarga yang berhadapan dengan kezaliman musuh politik Anwar dan bukan saya mengatakan isu kezaliman kepada Anwar perlu di lupakan tapi saya Cuma nak kata sampai bila?

Janganlah jadi macam parti Pas yang hidup mati hanya bergantung kepada ketokohan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sehinggakan ketika beliau sakit pun di usung ke sana sini untuk mendapatkan simpati rakyat dan paling menyedihkan apabila beliau sudah tiada namanya terus di pergunakan untuk mendapatkan sokong ahli sendiri oleh kumpulan yang sedang bertelagah di dalam Pas sekarang ini.

Yang Berhormat Kak Wan,

Maka sampai bila Anwar akan di usung ke sana sini namanya demi sebuah simpati menagih undi dan sampai bila pula Kak Wan akan di perkudakan oleh orang orang politik berkempentingan peribadi untuk mencapai hasrat mereka dalam dunia politik.

Rakyat hari ini terutamanya anak muda bukannya boleh di cucuk hidung seperti Ketua Cabang Permatang Pauh yang juga sahabat saya Amir Ghazali yang ikut saja apa yang telah di aturkan kepada mereka walaupun mereka di kalangan penyokong parti Kak Wan tapi rakyat hari ini kenapa perlu Wan Azizah bertanding di sini, mengapa perlu Nurul Huha mengantikan wakil rakyat kami dan mengapa mengapa mengapa, mengapa itu dan mengapa ini.

Yang Berhormat kak Wan,

Walaupun begitu sebagai pengundi yang sudah 5 kali mengundi PKR di Permatang Pauh saya mungkin akan terus mengundi sekali lagi untuk kali ke enam walau siapa pun calonnya yang akan di letakan nanti tapi cumanya kali ini saya mengundi dengan perasaan meluat sekiranya di kertas undi tersebut tercatat nama Kak Wan ataupun nama nama yang berbintikan Anwar.

Tapi sekiranya Kak Wan serta pimpinan PKR mahu memikirkan apa yang saya katakan ini iaitu meletakan calon di kalangan mereka yang berkaliber serta mempunyai ketokohan yang di segani oleh kawan dan musuh saya sangatlah berbesar hati kerana Kak Wan dan pimpinan PKR mahu juga mendengar rintihan orang kampong yang miskin seperti saya ini.

Yang Berhormat Kak Wan,

Politik ini umpama bermain “Dam Haji” adakalanya kita di lihat bodoh bila membiarkan buah kita di makan oleh pesaing kita namun di sebalik itu kita sebagi pemain dam haji sudah melihat jauh untuk pergi menunaikan haji di hujung papan dam.

Musuh politik Pakatan Rakyat iaitu Barisan Nasional telah pun berjaya memecahbelahkan kesatuan yang terpateri sejak 2008 dengan berbagai isu yang berkaitan dengan Pas di mana Pas bukan saja di lihat sebagi eset yang sangat penting kepada Pakatan Rakyat malah Pas juga menjadi rebutan Barisan Nasional.

Mereka melaga lagakan Pas dengan PKR dan mereka juga melaga lagakan Pas dengan Dap tapi tidak pula mereka melaga lagakan PKR dengan DAP dan akhirnya persahabatan atas nama rakyat yang terukir di antara PKR dan Pas serta Dap dengan Pas menjadi renggang sehinggakan wujudnya perpecahan yang sangat teruk di dalam parti Pas itu sendiri.

Ini semua adalah hasil kerja licik yang sangat hebat  telah di lakukan oleh team propaganda kerajaan untuk meneruskan kuasa di Malaysia ini sama ada kita sedar atau tidak kita semua telah termakan dengan  segala hantaran buah dam yang mereka hulurkan.

Yang Berhormat Kak Wan,

Pilihanraya kecil Permatang Pauh ini adalah satu medan untuk menyatukan kembali kiambang yang telah layu di tasek madu seperti kata penyanyi Fauziah Latip.

Walaupun adalah sangat mustahil bagi PKR untuk meletakan calon orang di luar parti di kubu kuatnya tapi demi menyatukan kembali keretakan yang melanda Pakatan Rakyat tidak ada salahnya Kak Wan dan PKR mengorbankan sebiji buah dam untuk makan berbiji biji buah dam musuh untuk melangkah ke kotak Haji.

Sudah pastilah calon yang saya maksudkan adalah daripada parti Pas iaitu parti yang sedang berantakkan sesama sendiri akibat terpedaya dengan permainan Umno Barisan Nasional dan yang paling berkelayakan untuk mengambil tempat ini tidak lain tidak bukan adalah Timbalan Presiden Pas Tuan Haji Mohammad Sabu.

Agak geli hatikan dengan cadangan ini tapi dari gelilah selalunya melahirkan anak.

Yang Berhormat Kak Wan,

Mohammad Sabu bukan lagi asing dalam politik Pakatan Rakyat malah beliau juga pernah bersama sama dengan Anwar dan Kak Wan sejak di zaman remaja dulu lagi, bukan saja seorang yang sangat berprinsip malah Mohammad Sabu juga adalah perantara paling baik di dalam menyatukan kembali Pakatan Rakyat.

Mohammad Sabu adalah jambatan yang bakal menyambung kembali runtuhan yang telah melanda Pakatan Rakyat dan pengorbanan besar PKR di Permatang Pauh dengan memberi pinjam sementara kerusi  tradisi PKR ini sudah pasti akan menghasilkan buah yang lumayan kepada Pakatan Rakayat dan PKR akan di lihat sebagai sebuah parti yang lebih mementingkan kekuatan Pakatan Rakyat.

Sama ada lambang apa yang hendak di gunakan di kertas undi semuanya terletak di atas kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat dan saya berharap dengan kerjasama yang erat antara parti parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak majority daripada sejarah majority yang pernah PKR menang sejak 1999.

Yang Berhormat Kak Wan,

Saya rasa cukuplah sampai di sini dan saya tak tahu sama ada Kak Wan sudi membaca atau tidak surat ini namun walau apa pun sebagai pengundi di Permatang Pauh saya akan terus menyokong siapa saja calon yang di tonjolkan oleh PKR dalam pilihanraya nanti.

Namun begitu sebelum saya mengakhiri tulisan ini sekali lagi saya merayu tolonglah jangan letakkan calon dari kalangan anak isteri Anwar di Permatang Pauh dan ini tidak bererti orang Permatang Pauh akan melupakan segala jasa Anwar di sini sejak beliau menjadi ahli parlimen Barisan Nasional lebih 30 tahun lalu .

Sekian Terima Kasih,

……………………………
(ROSLY BIN YUSOF)
ABU NAWAS


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Jasa Anwar di permatang pauh??? Amat meloyakan sekali..kesian LEMBU yg dibela PKR tapi guna segala kemudahan yg BN sediakan..lebih raya..pengimpotan kemudahan asas yg lain..pelajaran,kesihatan..Tapi masih jadi LEMBU setakat ada otak tanpa Akal..mata yg buta,hati yg hitam

  2. Esperalzi says:

    Eh wah eh wah! PAS bergaduh dengan PKR dan DAP pasal Hudud, UMNO yg disalahkan. Bukan UMNO yg usulkan Hudud. PAS yang usulkan Hudud. PKR tak mau Hudud, DAP tak mau Hudud, PAS tetap mau Hudud, maka PKR-DAP gaduh dengan PAS, tang mana salah UMNO konon laga2kan PAS dan PKR dan PAS dan DAP?? Mmg bodo Rosly Abu Nawas ni. Dia bosan dengan keluarga Anwar jd calon, kami pula bosan dengan juak2 PKR mcm Rosly Abu Nawas ni yg 24 jam salahkan UMNO..

  3. Anonymous says:

    Yang saya tak faham tu macam mana pengundi Permatang Pauh tak percaya Anwar menyodom. Kalau percaya, tentu keluarga dia tak di terima pengundi.

  4. Anonymous says:

    Wan Azizah punya ta'at setia kpd Bang Non tak terhingga. Walau bagai mana pahit maug, mesti terlintas di fikiran banyak kelakuan janggal, jenayah dll yang Bang Non tu lakukan ada lah betul, masih lagi Jijah pergi ke Penjara, buat apa yang Bang Non suruh. Kesian, amat kesian.

    Tapi, politik punya pasal, hilang perasaan ksian tuh. Bang Non tu perosak bangsa dan negara, Jijah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.