..

..

YB BANDUAN TAK LAYAK HADIR PARLiMEN - Zul Nordin

on Monday, March 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Salam 2 all.

Saya agak pelik kenapa beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'.

Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik.

Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung!

Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?

Habis lepas ini CEO syarikat akan minta hadir mesyuarat Lembaga Pengarah, pengerusi PIBG akan minta hadir mesyuarat PIBG, presiden kelab bola akan minta hadir final bolasepak kelabnya...dan lagi...dan lagi...dan lagi!!!

HILANG KELAYAKAN & HAK HADIR SIDANG DUA PERKARA BERBEZA!

Desakan sumbang ini dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara liwat petang Isnin 24 Feb.

Sejurus selepas media pro pembangkang memainkan isu ini, kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Tan Sri Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.

Atas dasar itu, timbul suara-suara sumbang dikalangan pembangkang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat konon kerana statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Untuk menjawab desakan bodoh ini, saya berikan satu perumpamaan.

Katalah seorang Presiden sebuah syarikat konglomerat disabit dengan kesalahan merogol setiausahanya dan dihukum 5 tahun penjara. Dan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen itu. Lalu dia memfailkan petisyen rayuan pengampunan.

Namun sementara itu, mungkin kerana kehebatannya, pihak syarikat konglomerat itu masih mengekalkan beliau sebagai Presiden dan beliau dianggap masih sebagai Presiden syarikat!

Adakah pihak syarikat boleh memohon kepada pihak penjara supaya membenarkan dia keluar daripada tahanan dan menghantar dia bekerja dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah atas alasan proses rayuan pengampunan sedang berjalan; jadi sebagai Presiden syarikat dia berhak terus pergi ke pejabat tiap hari dan hadir mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga proses pengampunan itu selesai?

Budak Tadika pun tahu jawapannya tidak boleh!

STATUS BANDUAN KEKAL

Kenapa? Kerana statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.

Proses pendakwaan, perundangan dan kehakiman telah selesai dan muktamad apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 MENSABITKAN Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dijatuhkan HUKUMAN penjara 5 tahun berkuatkuasa serta merta.

Berkuatkuasa mulai 10.02.2015, status Anwar ialah seorang BANDUAN yang telah DISABIT dengan kesalahan jenayah dan DIHUKUM dengan penjara 5 tahun. Tempat dia menjalani hukuman mulai 10.02.2015 ialah di Penjara Sg. Buloh!

Walaupun proses pengampunan dikatakan sudah bermula pada 24.02.2015 lalu, ini tidak membatalkan statusnya sebagai BANDUAN. Dan memandangkan dia belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana proses pengampunan itu, dia adalah YB BANDUAN!!!

PERKARA 48 HANYA MENYENTUH SOAL HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMEN

Perkara 48 (1) (e) bercakap tentang keadaan dimana seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen - bukan tentang hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen!

Antaranya, Perkara 48 (1) (e) memperuntukkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen jika dia telah

a. "disabit" dengan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah; dan
b. "dihukum" penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang RM2,000-00; dan
c. ia tidak mendapat ampun.

Dalam kes Anwar, dia telah:

a. Disabit dengan suatu kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan; dan
b. Dihukum penjara 5 tahun.

Jadi Anwar memenuhi 2 syarat untuk hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Namun isterinya Wan Azizah dikatakan telah memfailkan petisyen untuk pengampunan. Oleh itu syarat ketiga belum dipenuhi.

Apa maksudnya? Maksudnya Anwar kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen! Kerusi P-044 Permatang Pauh tidak boleh diisytiharkan kosong! SPR tidak boleh mengadakan suatu Pilihanraya Kecil untuk kerusi Permatang Pauh!

Itu sahaja kesan pemfailan petisyen bagi pengampunan dibawah Perkara 48 (1) (c)!

KEAMPUNAN HANYA PADA HUKUMAN BUKAN SABITAN KESALAHAN

Jadi kita pergi ke syarat ketiga, "ia tidak mendapat ampun".

Apa maksud "mendapat ampun"?

Untuk mengetahuinya, kita kena baca Perkara 42 Perlembagaan.

Dibawah Perkara 42, "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...".

Ini bermakna kuasa dan bidangkuasa Tuanku YDP Agong untuk "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN!

Ini kerana kuasa dan bidangkuasa mensabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan jenayah adalah dibawah MAHKAMAH yang disebut di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan.

Maknanya, apa juga status rayuan pengampunan Anwar, kedudukan beliau sebagai seorang yang telah DISABITKAN DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH MELIWAT kekal, dan ini tiada kena mengena dengan proses rayuan.

Bermakna dalam apa keadaan pun, Anwar kekal SEORANG BANDUAN YANG TELAH DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN MELIWAT!

HAK BANDUAN ADALAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG PEMENJARAAN

Dan sebagai Banduan, undang-undang yang tertakluk keatas Anwar ialah Akta Penjara dan segala peraturan yang dibuat dibawahnya.

Dan dibawah undang-undang penjara, seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:

1. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;
2. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;
3. Lain-lain keadaan yang dibenarkan dibawah undang-undang Penjara.

Tapi ini tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat, apa lagi kalau sekadar nak keluar untuk menonton Final Piala Malaysia walaupun dia mungkin Presiden Kelab Bola Banduan!

HAK BANDUAN TIDAK TERMASUK MENGHADIRI SIDANG

Oleh itu, persoalan samada Anwar berhak hadir atau tidak dalam sidang Dewan Rakyat tidak sepatutnya timbul dan pihak Kementerian Dalam Negeri mahupun Parlimen sepatutnya tidak melayan pun desakan bodoh ini.

Apa yang terhak kepada Anwar selagi proses pengampunannya berjalan hanyalah hak menerima elaun wakil rakyat, dan hak kerusinya kekal dan tiada Piliharaya Kecil boleh diadakan.

Itu sahaja!

Saya berharap penjelasan ini memberi gambaran jelas kedudukan isu sebenar.

Hakikatnya walaupun Tuanku YDP Agong mempunyai kuasa dan bidangkuasa memberi pengampunan kepada Anwar, ia hanyalah berkaitan soal HUKUMAN penjara 5 tahun itu sahaja. Itupun hanya kuasa meremit, mengurang atau menggantung HUKUMAN!

Namun Tuanku YDP Agong tiada kuasa dan bidangkuasa membatalkan SABITAN KESALAHAN MELIWAT dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan!

Bermakna Anwar kekal sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!

Dan sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH, Anwar wajib kekal menjalani hukuman penjara sehinggalah keputusan rayuannya diputuskan oleh Tuanku YDP Agong, dan dia hendaklah tetap dilayan sebagai seorang BANDUAN yang tertakluk kepada undang-undang penjara!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Jamadil Awal 1436
27 Feb 2015


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Datuk Zul..Sebab tu ramai kami kat luar ni..menganggapkan kebanyakan menteri menteri yg PM NAJIB lantik..terlalu ambik mudah dlm semua hal..Sebab mereka ni dah banyak yg KENYANG..kalau mereka masih nak kan sokongan rakyat dlm PRU 14 ni, baik prihatin sikit..jgn sampai rakyat naik benci dgn pemerintah sekarang...NAJIB tolong buka mata sikit dan kalau bolih gantikan menteri menteri dgn orang yang JANTAN

  2. Anonymous says:

    Aku anak Jantan nama akau Rafizi. Gantilah dengan aku. Tok Najib takkan tak perasan kut.

    Mana ada lagi anak jantan dalam Umno sehebat aku yang dalam PKR ni. Siapa yang berani cabar menteri2 UMNO kecuali aku. Berapa dah menteri2 yang terkencing dik cabaran aku, walaupun kebanyakannya adalah fitnah.

    Mana ada wakil rakyat UMNO yang berani macam aku mencabar wakil rakyat pakatan.

    Rafizi Ayam Sabung Anwar!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.