..

..

VIDEO NURUL IZZAH MEROYAN VS ZAHID PASAL TAK PUAS HATI DITAHAN LOKAP !

on Wednesday, March 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melampias kemarahannya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung layanan ketika beliau di lokap, baru-baru ini.
Nurul Izzah yang bangun mencelah ketika Zahid menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat, petang Selasa membangkitkan isu polis kekurangan peruntukan untuk melaksanakan tugas.
Menurut Naib Presiden PKR itu, anggota polis terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli pampers dan keperluan lain banduan ketika di lokap.
Zahid mengakui keterbatasan kewangan dan sehubungan itu menegaskan pembangkang harus menghormati institusi kepolisian dan tahap profesional anggota polis yang prihatin dalam melaksanakan tugas.
“Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam hal keselamatan kita tidak ada kompromi.”
“Dalam keadaan kekangan, kekurangan pihak polis, keluar poket sendiri, polis terus dikutuk sedangkan mereka prihatin,” katanya.
Izzah bagaimanapun mencelah dengan menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak prihatin dengan keadaan itu sebaliknya mengeluarkan arahan politik menangkap pembangkang, menyalahgunakuasa dan tidak profesional menangani masalah anggota polis.
Ikuti perbahasan Nurul Izzah dan Zahid di Dewan Rakyat pada Selasa berhubung isu itu.


One Response

  1. Anonymous says:

    Ada satu mp tu kata makanan dalam lokap tu sesuai untuk anjing........ Memang pun ........ Sesuai untuk anjung 2 politik......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.