..

..

USTAZ KAZIM ELIAS JAWAB TUDUHAN MUFTI PERLIS SEBAR RIWAYAT PALSU

on Thursday, March 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Penceramah Bebas terkenal, Datuk Kazim Elias menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kononnya beliau menyebarkan riwayat palsu selepas penceramah itu tidak dibenarkan menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis tidak lama lagi.
Menurutnya, pihak berkenaan seharusnya menghubungi beliau sendiri mendapatkan penjelasan berhubung riwayat yang dianggap palsu.
"Sebelum menganggap saya bawa riwayat palsu, panggillah saya dulu untuk jelaskan. Itu yang sebaiknya.
“Apa saya kata dalam buku itu hanya secara kiasan, Rasulullah SAW, buat kenduri kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang saya kiaskan sebagai roti jala dan kari.
“Perlu baca sepenuhnya ayat saya itu di mana saya mahu menerangkan, perkahwinan Rasulullah paling mahal adalah perkahwinan baginda dengan Zainab Jahsy apabila menghidangkan roti dengan kambing. Sebagai penceramah, saya mahu guna bahasa kampung, tidak salah kenduri buat roti jala dengan kari kambing,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.
Semalam, tersebar sepucuk surat dilaman sosial Facebook yang ditandatangani Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan ketidaksetujuan beliau terhadap pemilihan Ustaz Kazim sebagai panel dalam forum yang bakal dianjurkan di negeri tersebut.
Menurut Dr Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza menerusi laman Facebooknya, menyatakan ketidaksetujuannya atas alasan Ustaz Kazim terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasullullah SAW.
Bagaimanapun, dalam surat tersebut tidak menyatakan bahawa Ustaz Kazim dihalang memberi ceramah di Perlis.
“Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan Raja Perlis,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan menyebarkan riwayat palsu, Ustaz Kazim berkata, perkara tersebut timbul apabila pihak terbabit mengambil sebahagian saja petikan ayat daripada buku itu.
“Saya mahu mudahkan, setiap roti dibuat dengan tepung, campur air dan garam. Roti paling senang dibuat adalah roti jala. Cuma mereka (ketika itu) tidak panggil roti jala. Saya ceramah guna bahasa kampung,” ujarnya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    golongan spt ini juga tak terlepas ... itulah serangan bisikan virus pHd syaitan... insiden ini mencemar dignity, nama baik golongan yg dikenali sbg golongan ilmuan islam ... gunakanlah wasilah/kaedah penyelesaian yg rasional lagi bijaksana...

  2. Anonymous says:

    Kadang ulamak n cakap jer hebat..muhasabah laaaa...muzakarah... laaaa...ni srang ustz kazimpasai apa? pi\ula..paggil laa dia elok2..tanya..tanya...
    sebab tu ade jugak kalangan ustPhddia tinggi.....tak bertempat....bila nak maju sikit...hantu2 ustzni masuk...lupa SOP..bagero....berjawatanpula atu,,,,, memaukan islam jer...

  3. Anonymous says:

    Syukur Allhamduillah sebab WAHABI belum berani menunjukkan belangnya lagi di Malaysia.
    Jangan syok sangat mempercayai tingkah laku WAHABI, melalui ejennya MAZA ini.
    Yang bagusnya ialah Ust Kazem walaupun difitnah oleh ejen WAHABI pemecah belah Islam, beliau terima kembali perdamaian.

    Bg WAHABI, mereka sudah berjaya labelkan Ust Kazem sebagai pendusta Hadith, walaupun itu fitnah.

    Jangan kita lupa WAHABI adalah gerakan yang dicipta oleh musuh2 Islam untuk melagakan umat Islam dan beretak perang dengan perkara2 hukum yang telah beribu tahun selesai dibahaskan oleh para Tabi'en.

    WAHABI ejen penjaham Islam.... hati2lah dgn fitnah akhir zaman..
    Jgn sama sekali percaya dengan wajah talam DUA MUKA WAHABI Asri Zainal Abidin ini.. kajilah latar belakangnya sebelum percaya kpd nya.

    lepasni akn ada lg serangan2 pemikiran oleh mufti Wahabi Perlis ni...

    Wallahualam..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.