..

..

TUDIA !! SYARAT BELI RUMAH MAMPU MILIK PP PERLU DAFTAR PENGUNDI NEGERI @dzainalabidin

on Monday, March 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Syarat permohonan rumah mampu milik yang diperluas kepada rumah kos sederhana berharga RM400,000 ke bawah tidak adil dan membebankan pembeli.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP), Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendakwa kerajaan negeri mengenakan syarat baharu itu yang termasuk rumah kos sederhana, berkuat kuasa Disember tahun lepas.
Syarat yang dikenakan pada permohonan rumah mampu milik kos rendah dan sederhana rendah itu tidak adil kerana dari dulu mereka didaftarkan di bawah kerajaan negeri.
“Tetapi untuk rumah mampu milik kos sederhana berharga RM400,000 ke bawah, eloklah ia dibuka kepada pasaran terbuka kerana jumlah pembeli untuk segmen terbabit terhad,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata, pembeli untuk segmen rumah kos sederhana terpaksa mengisi borang yang dipenuhi syarat ketat antaranya haruslah menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
Katanya, syarat yang diluaskan kepada unit rumah kos sederhana berharga RM400,000 ke bawah itu akan memberi masalah kepada pemaju khususnya daripada agensi kerajaan kerana ia adalah harga yang ditetapkan untuk rumah mampu milik.
“Syarat yang dikenakan itu juga akan menyukarkan pembeli untuk miliki rumah kos sederhana. Kami merayu kerajaan negeri supaya berpada-padalah mengenakan syarat kepada pembangunan rumah di negeri ini,” katanya.
Zainal Abidin berkata, pihaknya akan mengemukan kenyataan bertulis kepada kerajaan negeri supaya diberi pengecualian untuk rumah mampu milik kos sederhana.
Katanya, beberapa kes terjadi sebelum ini apabila pembeli rumah mampu milik kos rendah dan sederhana rendah yang berdaftar dengan kerajaan negeri tidak layak kerana bukan pengundi di negeri ini.
Berhubung isu penukaran status tanah pertanian kepada pembangunan, Zainal Abidin berkata pihaknya masih belum mendapat maklum balas daripada kerajaannegeri selepas dua bulan.
“Kami dapat maklumat daripada agensi teknikal persekutuan, terdapat 42 permohonan untuk 2014 dan tujuh permohonan baharu setakat tahun ini. Kami harap kerajaan negeri tidak meluluskan tanpa persetujuan jabatan teknikal,” katanya.
Beliau berharap kerajaan negeri dapat memberi pencerahan berhubung isu penukaran status tanah dan menyatakan permohonan yang telah diluluskan, ditangguhkan dan ditolak.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, bagi Januari sehingga 15 Mac ini, kerajaan pusat peruntukkan RM1.018 bilion untuk pembangunan boleh pinda keempat dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pulau Pinang.
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak lima peratus telah dibelanjakan dalam dua bulan pertama membabitkan 104 projek pembangunan, 89 projek baharu dan lain-lain adalah projek sambungan


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.