..

..

TUDIA ! NURUL IZZAH DIGELAR RATU REFORMASI MALAYSIA OLEH MEDIA INDONESIA

on Friday, March 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Media Indonesia yang membuat liputan mengenai kes Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang ditahan pihak polis pada Isnin lalu, bagaimanapun telah memutar belitkan laporan tersebut dengan mendakwa Nurul Izzah ditahan disebabkan politik dendam.

Media Indonesia mendakwa penahanan Nurul Izzah tidak relevan kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh dan ianya merupakan satu balas dendan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran Nurul Izzah melakukan pendedahan mengenai skandal 1MDB di sidang Dewan Rakyat.

Selain itu, media tersebut turut menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai "Ratu Reformasi Malaysia".

Disebabkan berita yang telah diputar belit oleh media Indonesia itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hasyim menggesa media Indonesia supaya tidak membuat laporan berat sebelah.

Zahrain turut menjelaskan dakwaan tersebut tidak benar kerana Ketua Polis Negara Malaysia (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan Nurul Izzah bertujuan bagi membantu siasatan kerana telah membuat pelbagai dakwaan dalam perhimpunan #Kitalawan pada 7 Mac lalu dan beliau telah dibebaskan.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan kerana membuat pelbagai tohmahan terhadap badan kehakiman ketika menyertai perhimpunan haram itu dan ia tidak ada kaitan dengan isu perbahasannya di Parlimen dalam Parlimen seperti dilaporkan oleh media di negara ini," kata Zahrain ketika ditemui media.

Beliau turut menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri dan mempertikaikan undang-undang sesebuah negara kerana ia adalah hak kedaulatan sesebuah negara itu.-Alip Danial/Utaranews.com-


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Australia masuk campur kes kau orang, kau orang marah. Macam mana ni dong ?

  2. Anonymous says:

    pada yang tak paham lagi perangai orang indon ini .. nak kena tau beberapa perkara
    Nasionalisme adalah No !
    Agama No 2
    disana kalo hina Agama ... itu biasa saja ... gampang
    tapi jangan pijak Hitam Putih ... mati la kena cincang
    maap la nak tulis .. kalo IQ kebanyakkan warga Indon tu up sikit dari buku lali .. abaikan la apa diorang nak komen

  3. Anonymous says:

    macam nak termuntah dengar gelaran macam tu...aduhhh kenapalah pemberita ni sanggup menegaakkan benang yang basah dengan janda ni? what is the facts? janagan rosakkan sesuatu gelaran.

  4. Ratu FITNAH lebih chochok

  5. Anonymous says:

    kalau Janda Reformasi saya setuju

  6. Anonymous says:

    Boleh saja meliwat binik atau neng indon..no hsl...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.