..

..

TAHNIAH PENJARA MALAYSIA TAK BAGI KELUAR YB BANDUAN KE PARLIMEN

on Thursday, March 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima salinan surat Ketua Pengarah Penjara Malaysia menolak permohonan Nurul Izzah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini.
Menurut sumber, surat itu diterima pada Rabu dan secara ringkas menolak permohonan itu dan salinan diberikan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan pengetahuan pihak-pihak berkenaan.
Ia berikutan Anwar kini tertakluk akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia.
Yang DiPertua Dewan Rakyat mungkin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan namun belum dapat disahkan lagi bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.
Selasa dalam satu kenyataan daripada pihak Penjara Malaysia menyatakan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara.
“Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.
“Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan.
Pada 24 Februari lalu, keluarga Ketua Pembangkang telah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan di Istana Negara sekitar jam 4 petang.
Ia berikutan Anwar dihukum penjara 5 tahun atas sabitan kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan 7 tahun lalu.
Sehingga kini belum ada tarikh ditetapkan Istana Negara untuk mendengar petisyen itu.-4/3/2015


One Response

  1. Anonymous says:

    Dia dah didapati bersalah oleh mahkamah. Bermaknanya dia penjenayah.

    Jika dia mendapat pengampunan Agong pun, itu tidak melepaskan si anwar ni dari bersalah. Dia tetap juga bersalah.

    Contohnya, manakan seorang pesalah bunuh apabila mendapat pengampunan terus dikira tidak membunuh?

    Sepatutnya si Anwar ni dah dilucutkan daripada jawatan anggota dewan kerana bersalah.

    Aku hairan bagaimana Ketua Dewan masih boleh biarkan dia terus menjadi anggota.

    Mohon pengampunan bererti si pemohon itu bersalah!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.