..

..

RAFIZI MENIPU , PEMBELIAN JET KERAJAAN BARU SEBENARNYA GANTI PESAWAT USIA 20 TAHUN !

on Monday, March 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri. Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

 Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan. 

 Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

 Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

 Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

 Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

 Pembelian Satu Pembaziran? 

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

 Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

 Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion.

 Kenapa Rafizi tak menyerang disitu? Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini. Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini - mykmu.net -



Komen GPB

Lim Guan Eng tukar Kereta CM baru dari Toyota Camry baru kepada Mercedez Benz S300L   dalam masa 2 bulan mengapa Rafizi tak menuduh ia membazir dan boros ???  klik di sini 



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Dah bosan dengan penipuan MP Pondan ni....takde modal lain ke?? Ini lah hasil anak didik Ketua Penipu!

  2. Anonymous says:

    SALAM BRO,KAN DAH ADA PESANAN KALAU ORANG MUNAFIK MENYAMPAIKAN SESUATU BERITA,KITA MESTI SELIDIK DULU.MUNAFIK NI KERJA DIA NAK MENJAHANAMKAN SAJA.ORANG MUNAFIK MEMANG SUKA MEMBOHONG DAN MEMFITNAH !

  3. Anonymous says:

    yg munafik tu la ramai org percaya dan telan bulat2...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.