..

..

RAFIZI DICABAR DEDAH BUKTI TUDUH KERAJAAN SUNTIK DANA RM900 JUTA UNTUK 1MDB

on Wednesday, March 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seorang pemimpin Umno menangkis dakwaan bahawa kerajaan baru-baru ini ingin menyuntik RM900 juta lagi kepada firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin membantu 1MDB itu dikatakan dibuat sewaktu pertemuan beliau dengan ketua-ketua bahagian Umno Ahad lalu.

Ketua Umno Cheras mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa beliau mendengar perkara tersebut daripada seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang juga penganjur perhimpunan tersebut, menyifatkan dakwaan PKR itu sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang".

Beliau juga mencabar Rafizi mendedahkan sumbernya bagi mengesahkan dakwaannya itu dan tidak bersembunyi di sebalik sumber tanpa nama.

"Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Jika anda dakwa ada ketua bahagian yang beritahu anda, beritahu kami siapa."


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.