..

..

PRK PERMATANG PAUH , MASA TERBAIK PENGUNDI PAS AJAR PKR - DAP

on Tuesday, March 31, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




DAP sering mengatakan Pas tidak mempunyai apa-apa faedah dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) sehingga DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas minggu lalu, atas alasan Pas hanya mempergunakan tiket PR untuk melaksanakan dasar perjuangan parti Islam itu.

Oleh itu, Pas perlu membuktikannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang bakal diadakan, dengan menyokong parti Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan bahawa Pas juga mempunyai pengundi di Permatang Pauh yang membantu PKR memenangi kerusi itu selama ini. 

Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, ini adalah masa terbaik untuk Pas membuktikan bahawa kemenangan calon PKR selama disebabkan oleh sokongan pengundi Pas.

Tambah Zaidi, tanpa sokongan pengundi Pas selama ini, BN tidak dapat ditumbangkan oleh calon PKR di kerusi Parlimen itu.

"Saya amat yakin bahawa ini adalah masa terbaik bagi membuktikan bahawa kemenangan calon PKR selama ini di Permatang Pauh adalah disebabkan sokongan daripada pengundi Pas. PKR dan DAP tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan yang mencukupi untuk menumbangkan BN tanpa sokongan ahli-ahli Pas," kata Zaidi ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Zaidi, jika Pas dapat memberi sokongan mereka kepada BN dalam PRK akan datang ini dan berjaya menumbangkan calon PKR, nescaya DAP dan PKR tidak akan lagi berani mencabar Pas selepas itu.

Selain itu, ianya akan mengubah senario politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

"Sekiranya Pas dapat membuktikan pengaruh mereka sebagai penentu kemenangan BN di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil akan datang maka DAP dan PKR pasti tidak berani mencabar Pas yang dikatakan akan keluar meninggalkan pakatan pembangkang.

" Kekalahan di kubu kuat PKR (Permatang Pauh) ini akan mengubah senario politik dalam negara pada pilihan raya umum ke-14 nanti dan ini juga dapat membuktikan peranan Pas dalam pakatan selama ini bukanlah sekadar melukut di tepi gantang," katanya.- UTARANEWS-



Zaidi berkata Pas juga perlu segera bangkit membuktikan kepada DAP dan PKR, bahawa mereka bukanlah sebuah parti belasah gabungan itu sehingga tidak diberi satu tempat sebagai exco dalam kerajaan DAP itu. -Alip Danial/Utaranews.com-


2 Responses


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

  2. Anonymous says:

    xpayah la sibuk pikir PAS akan keluar PR baru boleh menang!!nampak sgt xyakin rakyat Prmtng Pauh undi BN..BN akan kalah teruk di prmatang pauh..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.