..

..

PORTAL FITNAH MALAYSIAKINI PUTAR BELIT AYAT KU NAN ISU HUDUD

on Monday, March 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Putar Belit Malaysiakini Terhadap Kenyataan Ku Nan dan Kenyataan Biadap Extrimis Kristian, Eric Paulsen

22 Mac 2015
Portal Malaysiakini terus menerus dengan agenda utama untuk memecah belahkan perpaduan orang Islam di sini. Jika sebelum ini dengan isu khutbah Solat Jumaat di Masjid, kini isu cadangan pelaksanaan Hudud di Kelantan pula menjadi modal mereka.

Sasaran mereka kali ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula difitnah apabila editor portal terbabit sengaja menggunakan tajuk artikel yang berbunyi "Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'. "

Portal Malaysiakini menjadi seperti ular kena sawan apabila melihat bibit-bibit penyatuan umat Islam semakin ketara hari ini dan mereka sengaja mencari perkataan yang boleh mewujudkan ketegangan hubungan sesama Islam. Hasilnya sebuah artikel provokasi yang seakan tergantung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan ini telah diterbitkan.
Saya berharap semua pembaca terutamanya umat Islam membaca dan meneliti terlebih dahulu isi kandungan yang sebenar kenyataan Tengku Adnan daripada pelbagai sumber sebelum mengambil maklum yang ditulis dalam Malaysiakini.
Saya mencadangkan adalah lebih baik sekiranya para pembaca sekalian memboikot sahaja portal ini agar kita bersama tidak terjerumus dengan fitnah yahudi.

Begitu juga dengan kenyataan biadap daripada ektrimis Kristian, Eric Paulsen menerusi twitter nya sengaja cuba menggambarkan seolah-olah pelaksanaan hukum Hudud ini seperti kuno dan tidak diperlukan pada zaman sekarang.
Beliau juga menambah kononnya hudud yang bakal digunapakai kelak akan menyebabkan seseorang pesalah dihukum secara terseksa, tidak berprikemanusiaan dan juga akan menyebabkan kaum wanita serta kanak-kanak menjadi mangsa ketidakadilan hukuman Islam ini.
Saranan saya, sebelum nak berbicara mengenai sesuatu perkara baharu. Kajilah dan lakukan carian di Internet terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian mengenai hukum hudud Islam ini. Jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti orang tiada otak.
Undang-undang Hudud sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, sekiranya keperluan untuk dibentang di Parlimen, sila beri ruang dan peluang secukupnya. Debat dan berikan hujah di Parlimen demi untuk kebaikan umat Islam di Kelantan khususnya dan negara Malaysia secara amnya.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kite jangan boikot portal tu...kite respons pandangannya secara ilmiah & berfikrah...knowledge is power..

  2. Anonymous says:

    hudud adalah undang undang islam jika diluluskan hanya tertakluk kepada mereka yang berugama islam di kelantan sahaja. kadang kadang aku pelik gak tang mane mereka yang kafir ni marah sangat. islam membawa kepada kebaikan dan kesejateraan umat. Ia, lambat laun sedikit demi sedikit ia kan mempengaruhi rakyat malaysia tetapi ia untuk kebaikan. la ni kalau kita lihat gadis gadis cina pakai seluar pendek sampai terkeluar benda2 tu tak de sapa yang berani larang walaupun di khalayak ramai. tak kira tempat, masuk pejabat kerajaan pun cam tu gak, kesian aku tengok pak guard yang cuba larang siap kena maki gi. tapi aku pelik gak kerajaan bn yang tak mahu laksana hudud pun depa tak mau gak. aku rasa depa ni nak kerajaan yang sebebasnya tak de halangan nak buat ape je. termasuk gak orang orang melayu yang tak tahu asal usul mereka. bayang kan laknat allah swt sekiranya benda ini berlaku. masyallah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.