..

..

POLIS & SKMM BAKAL SIASAT PORTAL MALAYSIAN INSIDERS SEBAR KENYATAAN MAJLIS RAJA RAJA

on Friday, March 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran kenyataan pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

“Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh perkara itu,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi kenyataan.
Menurutnya, apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.
“Perkara itu tidak benar…ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan sebuah portal berita yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu Hudud.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.