..

..

MISTERI SUMBER DUIT BIAYAI KELUARGA SIRUL KE AUSTRALIA ?

on Monday, March 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Selepas gagal telesidang live dengan Sirul , Mr Bean Mahfuz terus gigih berusaha dan kali ini plan beliau  untuk mencari publisiti dan cover balik temberang isu Sirul dengan membawa ibunya ke Australia . 



Mahfuz dan Dr Azman berkata misi membawa ibu sirul  ini adalah kemanusian bukannya bermotifkan politik . 

 Cukup -cukup la nak menipu dan kalau benar mereka   tiada motif politik , PAS dicabar membawa keluarga  rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan  kaldai dadah di luar negara kerana sudah tentunya mereka pun rindu anaknya  sepertimana   ibu Sirul . 

Sebenarnya  titik perjuangan Mahfuz Omar ialah ke arah mahu Sirul mendedahkan siapa yang mengarahkan beliau membunuh Altantuya. 

Mengapa Mahfuz begitu berazam memainkan semula  isu ini? 

Kerana mereka mahu memperalatkan Sirul bagi  mengaitkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak sebagai dalang  walhal PM  sudah bersumpah di masjid Guar Perahu yang mana beliau  tidak mengenali langsung Altantuya !!



Sirul lebih selamat berada di Australia berbanding Malaysia ??  Memangla selamat sebab siapa pun dalam keadaannya seperti tidak akan balik semula . 

Sebab apa Australia menjadi  lokasi selamat pilihan Sirul  ?? Baca sini



Selain itu , persoalan yang harus dirungkai sekarang ini selepas pemergian  ibu Sirul ke Australia ialah dari mana datang DUIT membiayai  mereka ke sana ??

Adakah ini diambil  duit PAS  atau bersumber duit NGO2 hak asasi  yang mendapat dana asing  ??  Nak harapkan duit Mahfuz  memang tak logik . 

Jika melalui dana NGO hak asasi mungkin betul  kerana  pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Rafizi Ramli   pernah ke  Australia dalam usaha mendapatkan sokongan Ahli Parlimen di negara itu mengenai perbicaraan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat II dan Akta Hasutan .  

Ini kerana negara itu  begitu  kuat dalam mempejuangkan  isu hak asasi  dan tidak hairanlah pembangkang di Malaysia sering mendapat bantuan sokongan  dari sana untuk  campur tangan  dalam soal undang-undang negara kita  




Seperti di dalam artikel GPB sebelum ini  mengenai  tangan-tangan ghaib di Australia sana , mereka kini tentu   telah bersedia mengatur segala keperluan keluarga Sirul dan akan pastikan coverage media yang besar akan memfokuskan isu ini bagi memburukkan PM dan negara !






2 Responses

  1. kluangman says:

    Tuan, lantak dia lah dapat mana duit itu, sepertimana kita pun bersikap "lantaklah" kepada manusia lain juga. Kalau nak panjangkan pertikaian, sampai sudah tak habis mana mereka semua dapat duit.

    Masing2 ada funder dan kepentingan - itu bukan isu utama terutama dalam politik - mereka halalkan semua.

    Kredit kepda Mahfudz atas kerja-kerja politiknya.

    Fokus kepada kebenaran - situl berbohong atau sebaliknya.

  2. Anonymous says:

    berkat duit tin milo ni ....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.