..

..

MISI C4 MAHFUZ BEAN BERTUKAR JADI MISI JEJAK KASIH ?

on Wednesday, March 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Setakat ini sahajakan klimaks MISI C4  yang mega gempak dianjurkan Mahfuz Bean ??

Melihat kepada tajuk Misi C4 cukup gah dan seolah-olah akan ada pendedahan maha hebat .

Tetapi kini bertukar  menjadi misi kemanusiaan atau rancangan TV3 dulu iaitu Jejak Kasih .

GPB mengharapkan selepas ini agar rakyat Malaysia jika mempunyai masalah anak mereka ditahan di luar negara dan ingin melawat segera menghubungi Mahfuz Bean .

Persoalannya ,  bilakah pendedahan seperti di war-warkan Malaysiakini bahawa Sirul akan mendedahkan motif sebenar pembunuhan ini ?

Kalau tidak kerana sebab ini , Mahfuz Bean tak akan terhegeh-hegeh muka tak malunya berdepan wartawan di telesidang yang gagal  dan kini  sanggup membawa ibu Sirul ini ke Australia .

Kesimpulannya ,  apakah  agenda pembangkang menggunakan isu Sirul pembunuh Altantuya  sebagai modal politik untuk memfitnah   PM  berdepan kekangan dan masalah ??

Orang tua-tua pernah berkata .. dok buat kerja jahat selalu tak menjadi dan tembelang akan pecah juga ...






Kenyataan Media: Perkembangan Misi C4 ke Australia

1. Alhamdulillah, pada hari ini saya bersama ibu Sirul, Puan Piah Samad,adiknya Noriatin Omar serta ahli rombongan telah diberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood,Sydney. Pertemuan ini berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula Pukul 5.30 petang sehingga Pukul 7.30 petang waktu di sini.

2. Saya berpandangan misi kemanusiaan ini berjaya apabila dapat mempertemukan seorang ibu kepada anaknya yang dikasihi. Puan Piah membawa sambal bilis dari kampung manakala saya membeli anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul. Suasana begitu hiba dan sayu bagi kami pada saat mula pertemuan tersebut apabila si ibu dan anak berpelukan. Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib yang melanda.

3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul. Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya.



Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Lawak standard SRP! Ini lah ahli politik taik anjing yang tiada batasan.

  2. Anonymous says:

    Macam mana ler si bengong ni dapat gelaran Dato' , memalukan saja orang Pokok Sena.

  3. Anonymous says:

    Boleh ke bawa masuk makanan dari luar negara ke oz? Macam tak caya je. Turun kapal terbang masuk airport melekat kat dinding poster punya banyak suruh buang ke dalam tong sampah kalau ada makanan dari luar.....tak pandai baca ke dia nih?

  4. Anonymous says:

    Kau nak bela Sirul ke nak pekena DS Najib. Semua orang tau niat sebenar engkau Mahfuz Bean. Jangan berpura-pura macam baik sangat. Macamana pun okey juga lah sebab dapat melancong percuma (atas tajaan Pakatoon Sewel) sambil buat drama minggu ini.

  5. Anonymous says:

    matput bean tak sempat temuramah sirul ke?

    Terlupa nak tanya siapa yang arahkan bunuh altantuya?

    Terlupa nak soal betul ke dia yang jawab panggilan telefon masa matput buat lawak depan wartawan mggu lepas....

    Kalau setakat dengar cerita tanpa ada audio temuramah dengan sirul, kira campak je la fakta-fakta ko nak bagi tu matput bean ooii

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.