..

..

MENGAPA DAP LEBIH RISAU PAS SINGKIR PENENTANG HADI DI MUKTAMAR ??

on Tuesday, March 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 DAP semalam melahirkan kebimbangannya berhubung Pas yang diseru menyingkir mana-mana ahli yang menentang atau berniat menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, ini kerana PR memerlukan kerjasama seluruh ahli dalam parti tersebut bagi memerangi BN khusus dalam pilihan raya akan datang,

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi yang mendakwa berlakunya perpecahan dalam parti Pas sebaik tamatnya persidangan Muktamar Tahunan Pas tahun ini.

“Buat kali pertama seorang pemikir dalam parti menyeru penghapusan ahli dalam parti itu sendiri sejak krisis Pas pada tahun 1982,” jelasnya.

Mohd Zuhdi seperti yang dipetik menerusi laporan akhbar Sinar Harian hari ini meramalkan perpecahan dalam Pas selepas berakhirnya muktamar tahunan yang akan berlangsung pada Jun depan.

Menurut Mohd Zuhdi, beliau yakin perkara tersebut akan berlaku selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

Sementara itu, Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang turut menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Mohd Zuhdi sebagai sesuatu yang mengejutkan.

"Ini belum pernah terjadi sebelumnya dan menimbulkan kebimbangan bagi mereka yang berharap untuk melihat Pas keluar dari pertempuran ideologi semasa mereka (Pas) sepatutnya bersatu bersama DAP dan PKR untuk menentang Umno," katanya lagi.




Komen GPB

Kalau ramai geng Anwarinas dan geng Pasma dalam PAS ditumbangkan di muktamar nanti oleh Pro Ulama & Presiden , DAP lah paling risau sebab barua2 mereka sudah kalah dalam parti sendiri  .

So , apa tindakan DAP ?? 

Mereka sudah tentunya akan support habis-habisan untuk  keperluan barua2 mereka ini nanti !



2 Responses

  1. Anonymous says:

    PAS boleh menyingkirkan Mat Sabu dan Hatta Ramli kerana sudah ada bukti. Presiden mempunyai kuasa mutlak.Haji Hadi kena berani sepertimana Tun Mahathir. Bila mereka ini dah disingkir barulah beteraburan penyokong2 mereka.

  2. Biasalah tuan akan sayang anjing peliharaan mereka sampai Bukit runtuh... PAS ada satu pilihan aje.. Ulama yg runtuh atau barua DAP yang runtuh... Apa pilihan haprak PAS semua?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.