..

..

LOKMAN ADAM DEDAH FITNAH PEMBOHONGAN RAFIZI TUDUH PM BELI JET PERIBADI

on Monday, March 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI!

Jawapan Ringkas oleh Lokman Adam

Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali. Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi. Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.

Izinkan saya jelaskan disini beberapa perkara:-
1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.
2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.
3) BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak. PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.
4) Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik.




PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB BELI “PRIVATE JET” BARU

MARCH 16, 2015 RAFIZIRAMLI 
16 MAC 2015
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi (“private jet”) baru.
Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.
Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
page1
Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.
Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan) membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.
newjet2
Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.
Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato’ Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


7 Responses

  1. Anonymous says:

    PM tambah je lah saman pada si pemfitnah ini. Kalau dibiarkan semakin menjadi-jadi nampaknya.

  2. Anonymous says:

    tak salah beli jet.. yang salah kalau kita kaitkan Jet Li dalam isu ini.. Jet Li seorang pelakon aksi dia bukan PM.. he he!

  3. Anonymous says:

    Anak Ikan Raja Liwat ni memang macam tu. Raja Liwat bolehlah kesana-kesini dibawah tajaan taukeh2 yahudi.

    Pembangkang bolehlah duit elaun lebih banyak. Mana ada buat kerja untuk rakyat. Melancung, beli kereta mewah, rumah mewah, belanja mewah serba serbi mewah.

    Rakyat tak bodoh macam dulu, Sejak Nurul Izzah kantoi fitnah rakyat dah mula sedar. Tunggu sikit hari lagi,beberapa orang barua lagi akan kena saman termasuklah anak ikan mak iloi iloi ah!ah!.

  4. Anonymous says:

    memang jet kerajaan tetapi untuk kegunaan peribadi.

    setakat hujah dangkal mcm Lokman ni, budak tadika pun tau nak jawab. hahaha

  5. Anonymous says:

    Apa nak 'kenamaan' lagi.. Rakyat duduk dalam kemah lagi kat kuantan tak cukup kenamaan ke? Ini article yang kurang akal. Beginilah kamu memperbodohkan lagi rakyat, but anyway your rebut is just too retarded for me to understand...

  6. Anonymous says:

    memang milik kerajaan... tapi siapa yang guna? ada guna untuk pertolongan rakyat yang melanda banjir? tidak! ada guna untuk apa apa manafaat raykat? tidak... hanya digunakan untuk syok syok shopping kat America. Ini Kenamaan Negara ke, nak syok pakai duit kerajaan?

    Lokman si macai.. kalau nak cakap balik pun kena ada akal sikit... jangan jadikan rakyat sebodoh hang.

  7. Anonymous says:

    tak pe la biorkan je Si Rafizi ni dengan watak pemfitnahnya..
    Insya'Allah satu hari nanti Allah akan jammed kan Otaknya hingga tak mampu nak create cerita-cerita fitnah terhadap sesama Islam.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.