..

..

KAJIAN CALON PM USAHA JAHAT MUSUH UMNO - @HishamudinH20

on Friday, March 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



- Dakwaan mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri merupakan usaha jahat oleh tangan nakal musuh UMNO.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak layak mencabar dirinya untuk menyandang jawatan Perdana Menteri.
 
"Ini merupakan usaha melaga-lagakan kita sahaja. Saya tidak akan layan," katanya kepada pemberita kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mengadakan tinjauan ke Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disini, hari ini.
 
Sebelum ini, satu kajian yang dibuat Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider yang mendapatinya paling dikehendaki sebagai perdana menteri akan datang.
 
Daripada kajian melalui 1008 responden itu, Hishammuddin meraih 19.8% mengatasi pencabar-pencabarnya yang lain iaitu  Khairy Jamaluddin (8.6%), Ahmad Zahid Hamidi (8.4%), Rafizi Ramli (3.9%), Azmin Ali (3.7 %) dan Nurul Izzah (1.7%).
 
Salasilah keluarga, kejayaan mengendalikan kehilangan pesawat MH370 dan imejnya sebagai bukan tokoh kontroversi dalam media menjadikannya pilihan semua kaum serta kepimpinannya lebih dilihat menggambarkan wajah Malaysia yang sebenar. -rakyatNEWS-


2 Responses

  1. Mintak mintak bukan dia..

  2. Anonymous says:

    Habis masa depan malaysia...
    Bangkrup negara...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.