..

..

HUSAM DIBIDAS SELESAI ISU PARTI SENDIRI SEBELUM DESAK PM LETAK JAWATAN

on Tuesday, March 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




"Tolong tengok kelemahan parti sendiri dan jangan jadi bodoh gesa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan."

Itu peringatan yang diberikan Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Peringatan Syed Ali itu sebagai respon tindakan Naib Presiden PAS sepertimana dilapor oleh portal Malaysiakini dan Themalaysiainsider membuat laporan polis berkenaan 1MDB.

Dalam laporan tersebut Husam Musa menggesa Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan agar proses siasatan berjalan lancar.

Kata Syed Ali, UMNO mempunyai kaedah dalam menyelesaikan segala masalahnya dan tidak perlu sebarang campurtangan PAS yang sedang berhadapan dengan krisis dalamannya menunjuk ajar parti ini.

Kini PAS adalah parti yang dianggap lemah dan sudah ditolak oleh rakyat gara-gara pimpinan parti itu tidak mempunyai visi perjuangan yang jelas dan sering tidak sehaluan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

Menurut Syed Ali, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sudah memberikan jaminan semasa perjumpaan bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO pada Ahad bahawa Putrajaya tidak akan melindungi mana-mana pihak terbabit dalam penyelewengan dan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sebelum ini, 1MDB sudah melalui audit forensik oleh firma perakaunannya Deloitte turut mengesahkan bahawa syarikat berkenaan bebas daripada penipuan dan salahguna kuasa.

"Putrajaya juga sudah mengarahkan Ketua Audit Negara mengaudit akaun 1MDB bagi mempastikan tidak wujud sebarang penyelewengan dalam urusniaga syarikat berkenaan," jelasnya dalam catatan terbaharu di blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Ujarnya, selepas Ketua Audit membuat siasatan, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira–Kira Wang Negara (PAC) pula.

"Semuanya dilakukan kerana kerajaan mengamalkan sikap telus dan mahu membuktikan kepada rakyat tiada sebarang unsur penyelewengan dalam syarikat terbabit.

"Saya berasa pelik kenapa pemimpin PAS tidak sudah–sudah berasa busuk hati dan dengki dengan pemimpin UMNO ini?

"Kerajaan sudahpun menjelaskan akan menyiasat akaun 1MDB kenapa pula pemimpin PAS umpama cacing kepanasan yang membuat laporan polis dan menasihatkan Najib meletakkan jawatan Menteri Kewangan?" ujarnya,

Syed Ali turut hairan kerana menyifatkan pemimpin PAS seolah-olah tidak ada kerja lain selain mencari salah UMNO.

"Sepatutnya PAS selesaikan masalah dalaman parti itu yang membabitkan Presidennya dari mencampuri urusan UMNO.

"Semua orang tahu wujud perpecahan dalaman kronik dalam PAS yang membabitkan Timbalan dan Ketua Penerangan PAS Pusat didakwa mahu menjatuhkan Presiden parti itu," katanya.

Dalam pada itu, Syed Ali tidak menolak kemungkinan tindakan Husam membuat laporan polis berkenaan 1MDB kerana mahu mengalihkan kemelut dalaman parti itu menghadapi proses pemilihan pada tahun ini.

"Tindakan Husam itu jelas menunjukkan PAS kian tersepit sehingga terpaksa menggunakan isu 1MDB untuk mengutip pengaruh.

"Bagi saya PAS sudah hilang hala tuju selepas hubungan parti itu yang retak dengan DAP pasal hudud dan retak menanti belah dengan PKR yang memberikan tumpuan pada kes Anwar. Itu sebabnya PAS terpaksa mempergunakan isu 1MDB untuk menarik semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Di sini saya nak tegaskan kepada Husam bahawa pimpinan UMNO tidak akan sesekali tunduk dengan sebarang tekanan dan desakan dari PAS itu. Malah Najib tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan semata-mata desakan pemimpin PAS yang sudah muflis idea seperti Husam," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Jenis manusia yang ada DNA kambing dia bukan peduli habis pokok bunga dalam laman orang dia redah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.