..

..

HAKIM SYAITAN : ZUL NOORDIN REPORT POLIS KE ATAS NURUL IZZAH KERANA MENGHASUT !

on Thursday, March 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pada hari ini Khamis 21 Jamadil Awal 1436 bersamaan 12 Mac 2015, saya telah membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berkaitan ucapan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Binti Anwar didalam sidang Dewan Rakyat pada 10.03.2015.

Ucapan itu berkaitan dengan keputusan lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Bin Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Bin Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun keatasnya. 

Butiran ucapan beliau itu ada dilampirkan dibawah ini.

Pada saya ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina Hakim-Hakim tersebut, malahan berbaur dengan unsur hasutan kerana akan menyebabkan rakyat dan orang awam membenci Hakim-Hakim tersebut dan institusi kehakiman negara.

Walaupun ramai beranggapan seseorang Ahli Parlimen itu kebal daripada sebarang tindakan perundangan, namun itu adalah persepsi yang salah.

Memang benar Perkara 63 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan memberikan imuniti kepada Ahli Parlimen untuk bebas bercakap apa sahaja didalam Dewan dan diberi kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang, namun Perkara 63 Fasal 4 memperuntukkan bahawa kekebalan itu tidak terpakai bagi sebarang kesalahan dibawah Akta Hasutan.

Ini disahkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding -v- Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC bilamana Datuk Mark Koding dikenakan tindakan pendakwaan menghasut dibawah Akta Hasutan walaupun ucapan beliau itu dibuat didalam sidang Dewan Rakyat!

Saya berharap pihak polis akan segera menjalankan siasatan dan jika didapati ada kes, saya mendesak Peguam Negara supaya segera mengambil tindakan pendakwaan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar sebagai pengajaran kepada Ahli Parlimen bahawa mereka tidak boleh bercakap sesuka hati konon kerana mereka ada kekebalan undang-undang! 

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Jamadil Awal 1436




LAPURAN POLIS
Oleh ZULKIFLI BIN NOORDIN
Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
No Repot : Dang Wangi/006551/15
Tarikh : 12.03.2015
Waktu : 14.14hrs
Pengadu : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu Menyatakan:

Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat dihttps://youtu.be/RbSMNVMhD0. Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:

Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:

“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.

Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara selama 5 lima (5) tahun.

Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina dan mencera Yang Arif Hakim-Hakim tersebut dan merupakan suatu kenyataan yang highly contemptuous”, malah ianya berbaur hasutan kerana boleh membawa kepada rakyat dan orang ramai mempertikai dan memandang hina, dan mencurigai integriti, kewibawaan dan kredibiliti Hakim-Hakim Mahkamah tersebut kerana dituduh sebagai:

1. tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik;
2. menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman;
3. menjual diri mereka kepada syaitan;
4. memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan;
5. memilih untuk kekal dalam kegelapan;
6. usul perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan.

Saya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar itu tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

Saya dengan ini memohon pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar dan memohon pihak Pendakwa Raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukkan dibawah Akta Hasutan 1948.

Saya sesungguhnya membuat lapuran ini untuk memastikan integriti dan kewibawaan badan kehakiman dan Hakim-Hakim Mahkamah terpelihara dan terbela.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Jamadil Awal 1436 / 12 Mac 2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.