..

..

GUAN ENG AMBIL KESEMPATAN NAIKKAN TARIF AIR SERENTAK GST BULAN APRIL @dzainalabidin

on Friday, March 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Untuk rekod sejak DAP memerintah P.Pinang .. sudah 3 kali Guan Eng menaikkan tarif air termasuk memperkenalkan surcaj pada 2011 .

Tetapi timing menaikkan tarif air oleh Guan Eng serentak dengan pelaksanaan GST dilihat  jelas mengambil kesempatan .Pastinya ramai rakyat tertumpu kepada GST bukannya kepada kenaikan tarif air oleh kerajaan DAP 

Malah menurut sumber .. pada awal April ini juga Guan Eng dan family akan berlepas ke Melbourne untuk bercuti . Pastinya beliau akan membisu dan tidak akan menjawab kenaikan tarif air ini .




GEORGE TOWN: Pengguna air domestik di Pulau Pinang akan membayar purata 16.7 peratus lebih tinggi kadar tarif air berkuatkuasa 1 April.

Bagaimanapun, Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa berkata, pengguna domestic yang mengguna 20,000 hingga 35,000 liter air sebulan akan membayar secara maksimum hanya RM0.60 lebih sebulan bagi bil air mereka.

“Mereka yang menggunakan lebih daripada 35,000 liter air sebulan akan membayar lebih berdasarkan tahap air digunakan,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar hari ini.
Cadangan PBAAPP bagi mengulang kaji tarif air diserah kepada Kerajaan Persekutuan pada Julai tahun lalu dan digazet pada 15 Februari tahun ini.

Kadar baru disemak semula itu  tidak akan menjejaskan kumpulan pertama penggunaan air 0-20 meter padu sebulan pada 22 sen/m3, sebagai menghargai mereka yang menjimatkan air dan tidak menghukum pengguna air teliti.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.