..

..

GPMS BERANG PROGRAM PEGANG ANJING DI PENANG BABITKAN ORANG ISLAM

on Tuesday, March 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Selepas program pegan anjing di Shah Alam kini ia menular di Penang pulak .  Satu program yang dinamakan ‘Be A Paw Walker’ telah diadakan di Penang Times Square yang memfokuskan penjagaan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Menurut sumber program tersebut dianjurkan oleh sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays.

Lebih memalukan ialah seorang  wanita Muslim dilihat sedang bangga memegang dan bergambar dengan anjing .

Di mana ketegasan Exco Agama Malik Kassim ?  

Kalau Malik begitu cepat bertindak dalam isu qazaf ke atas Peguama TS Shafie Abdullah yang berceramah di Politeknik Seberang Perai ,  kita juga mahu beliau dan JAIPPP  berani  bertindak ke atas penganjur ini . 



9 Mac 2015

KENYATAAN MEDIA

ISU GADIS BERGAMBAR MENDUKUNG ANJING - GPMS NEGERI PULAU PINANG SEDIH, KECEWA DAN KESAL

Assalamualaikum & Salam sejahtera

GPMS Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa sangat sedih, kecewa dan kesal terhadap tindakan seorang gadis mendukung anjing sempena program “Be A Paw Walker” yang dianjurkan di Penang Times Square baru-baru ini.

GPMS Negeri Pulau Pinang merasakan tindakan gadis ini sebenarnya adalah disebabkan terlalu ghairah dan terikut-ikut dengan tindakan gadis-gadis Islam ketika program “I Want To Touch A Dog” yang dianjurkan di Kuala Lumpur tahun lalu.

Gadis ini dilihat sengaja mahu mencetuskan rasa tidak senang dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam apabila membenarkan gambarnya diambil oleh orang ramai khususnya di kalangan bukan Islam. Kesannya, gambar tersebut telah menjadi viral dan tindakan gadis ini juga telah mengundang fitnah terhadap agama Islam dan telah mengaibkan ummat di negara ini.

Tidak keterlaluan jika GPMS Negeri Pulau Pinang mengesyakki terdapat pihak-pihak tertentu atau tangan-tangan tersembunyi di kalangan bukan Islam yang telah mempengaruhi gadis ini untuk melakukan aksi tersebut dalam usaha mereka untuk sengaja melakukan provokasi menghina Islam dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam.

Justeru, GPMS Negeri Pulau Pinang berharap agar pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Plau Pinang untuk menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas gadis yang tersebut supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

GPMS Negeri Pulau Pinang juga ingin menasihati golongan belia Islam khususnya dan seluruh ummat Islam amnya agar berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan supaya tidak terjebak dengan perkara atau tindakan yang boleh menyusahkan diri kita atau memalukan serta menghina agama Islam. Sewajarnya kita menfaatkan masa lapang yang ada dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang boleh mendatangkan pahala daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Sekian, terima kasih.

AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Macam provokasi cina laknat terhadap org Islam.. dan betina yg bertudung tu mcm Cina menyamar Melayu Islam?

    Ini semua gerankan perang saraf melemahkan Islam.. dgn gunakan imej2 Melayu bertudung supaya longgar pegangan dan bercakaran..

    Cina DAP bermaharajalela sbb Najib lembik..

  2. Anonymous says:

    jgn heran..skrg ramai melayu murtad..pakai tudung belum tentu islam..mungkin ini cara nk menjatuhkan maruah islam atau cuba mempersendakan agama atau mengajak org islam lain menyertai program ni..

  3. Anonymous says:

    betul ke melayu?atau gadis siam yang disuruh pakai tudung,dan katakan dia melayu?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.