..

..

FITNAH MAJLIS RAJA-RAJA ,3 EDITOR MALAYSIAN INSIDER DITAHAN POLIS

on Tuesday, March 31, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Polis menahan tiga editor kanan portal The Malaysian Insider, (TMI) di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, petang tadi.

Tangkapan jam 5.45 petang oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman turut disertai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, (SKMM) dilakukan di pejabat The Edge Communications Sdn Bhd di Mutiara Damansara.


Mereka yang ditahan ialah Lionel Andrew Morais anak lelaki M. Peter Percy, (Editor TMI Bahasa Inggeris), Amin Shah Iskandar, (Editor TMI Bahasa Melayu) dan Zulkifli Sulong, (Editor/Wartawan TMI).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.

“Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong ditahan pada jam 5.45 petang mengikut Akta Hasutan 1948.

“Komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas,” katanya.

Katanya, tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.


Penahanan mereka dibuat susulan penyiaran berita penolakan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 semasa mesyuarat pada 11 Mac lalu oleh Majlis Raja-Raja (MRR).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada Khamis menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu itu dan membuat laporan polis mengenainya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.