..

..

DEMO #KitaLawan DISABOTAJ , ADUN PR P.PINANG DILARANG SERTAI ? @dzainalabidin @Rrafizal

on Friday, March 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Sudah dijangka DAP  memang tidak akan turun demontrasi #KITALAWAN di Kuala Lumpur esok dengan alasan program kerajaan negeri lebih penting .

Ternyata DAP hanya wayang sahaja menyokong Anwar  yang sekarang merengkok dalam jail .

Kita tunggu apakah Timbalan AMK PKR Dr Afif Bahardin , Exco Kerajaan P.Pinang akan turun ke demo Kita Lawan demi Anwar atau akan ikut telunjuk Guan Eng tokong .




ADUN diarah bertugas esok, bukan sertai perhimpunan #KitaLawan - Guan Eng

 GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur. Ketua Menteri,

Lim Guan Eng, berk ata semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.

"Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok adalah pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di sini hari ini.


One Response

  1. Anonymous says:

    "Kami adalah kerajaan yang bertanggungjawab" bermakna demonstrasi #KitaLawan adalah perhimpunan yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.