..

..

DEMO BANTAH GST DI KASTAM ADALAH KESALAHAN MENCEROBOH - IGP

on Tuesday, March 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Mereka yang terlibat menyerbu masuk ke Kompleks Kastam di Kelana Jaya ketika mengadakan demonstrasi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Selangor sedang meneliti kes berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Ini merupakan satu pencerobohan yang mereka lakukan dan biarlah pihak polis Selangor meneliti dulu kedudukan mereka terbabit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bacaan Yassin sempena Peringatan Hari Polis yang ke-208 di Masjid Bukit Aman, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mereka yang terbabit dalam protes GST yang ditahan selepas bertindak menyerbu masuk ke kompleks  berkenaan semalam.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan begini berterusan, saya hairan dengan apa yang mereka nak, kenapa sampai macam itu sekali, seolah-olah hendak menawan Kompleks Kastam itu," katanya.

Menurut laporan media dalam talian, berpuluh-puluh orang ditahan dan pihak polis terpaksa menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keadaan di kompleks berkenaan.

"Kalau kita perlu gunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kita gunakanlah kalau bersebab untuk kita mengatur kedudukan dan terpulang pada tindakan  Ketua Polis Selangor, memang saya benarkan bagi memastikan keadaan terkawal," kata Khalid.

Demonstrasi itu dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu bagi membantah pelaksanaan GST yang bermula 1 April ini. - Bernama


3 Responses

  1. Tu dia...steady BOSS..go ahead...gua salute lu

  2. Anonymous says:

    Jangan pula ada yg ditangkap..lepas tu tanpa tindakan..makin baik kepala la..kalau kena denda..denda lah..Biar rasa macamana perut nak cari duit bayar denda..adakah manusia binatang akan keluar duit untuk menolong LEMBU LEMBU yg kena tahan tu.

  3. Anonymous says:

    Bagaimana dengan ahlong2 yang menceroboh rumah mangsa, simbah cat dan mencederakan mangsa? Kenapa mereka bebas melakukan aktiviti haram dan jenayah tapi tiada tindakan? Kenapa perserta bantah GST pula didakwa? Adalah polis hanya pandai tangkap ahli politik saja?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.