..

..

DAP PENGECUT , TAK BERANI BERCERAI DENGAN PAS DI SELANGOR !!

on Monday, March 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman mencabar Dap untuk memutuskan hubungan dengan Pas di semua negeri khususnya di Selangor dan bukan hanya di Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, tindakan Dap memutuskan hubungan dengan Pas hanya di Sabah dan Sarawak jelas menunjukkan parti itu hanya bermain sandiwara dan ingin menunjukkan kononnya mereka tidak perlukan parti Pas.


“Saya cabar Dap untuk putuskan hubungan dengan Pas Selangor… jika benar mereka tidak perlukan Pas maka putuskan hubungan dengan Pas disemua negeri dan bukannya main pilih-pilih.
“Saya yakin Dap tidak berani kerana kenyataan sebenarnya mereka masih perlukan sokongan ahli Pas,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu, Zainal turut menasihatkan Dap Pulau Pinang agar jangan bersikap takbur dan bongkak berikutan kenyataan Tony Phua yang tidak kisah sekiranya Pas Pulau Pinang keluar dari pakatan pembangkang kerana Pas hanya mempunyai satu kerusi di negeri tersebut.
Walaupun Pas hanya mempunyai satu kerusi di negeri itu tetapi kejayaan Dap Pulau Pinang juga adalah atas faktor sokongan dan undian daripada ahli Pas.
“Mereka jangan lupa bahawa tanpa sokongan dan undian ahli Pas ketika pilihan raya umum yang lalu, tidak mungkin mereka berjaya seperti sekarang ini. Jadi jangan bongkak sangat dan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
“Kalau benar mereka tidak mahu dan tidak perlukan Pas maka buktikan.. Jangan hanya mengeluarkan kenyataan putuskan hubungan dengan Presiden Pas tapi bukan dengan parti tersebut… Kemudian putuskan hubungan Pas hanya di negeri-negeri terpilih.
“Ini memang politik lawak antarabangsa…. Dap hanya buat sesuka hati dan tidak berdasarkan pemikiran rasional. Bayangkan jika mereka berjaya memerintah Negara ini, apa akan jadi dengan nasib rakyat,” katanya lagi. - MediaUMNO


4 Responses

  1. Anonymous says:

    DAP boleh buat sesuka hati mereka terhadap PAS sebab PAS tu memang kuda tunggangan DAP. PAS macam tak sedar yang mereka diperkudakan sebab takut hilang kerusi, HAMPEH

  2. Anonymous says:

    Dap talam dua muka... mulut manis... tamak haloba

  3. Anonymous says:

    Apa lagi tunggu pas........you kick dapigs and umno kick mca out.......pas+ umno new gomen in selangor......kick all dapigs exco and ahli majlis.........dapigs semakin kurang ajar........

  4. Anonymous says:

    Kan bagus kalau PAS bergabung dengan UMNO...ketepikan fahaman politik yang penting satukan dulu umat Melayu Islam...barulah Melayu jadi kuat. DAP paling takut kalau Melayu bersatu...seriously. Bila Melayu dah kuat time tu kalau nak laksanakan hudud pun DAP tak bleh nak kata apa lagi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.