..

..

AKSI SARKAS MAHFUZ BEAN MEROYAN TUDUH JAMIL KHIR BACUL

on Friday, March 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Provokasi melampau Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mendesak Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendiriannya dan kerajaan berhubung private bill berkaitan hudud yang akan dibentang PAS mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

 Jamil Khir ketika itu sedang menggulung titah di Raja bagi Jabatan Perdana Menteri apabila Mahfuz mencelah dan bertanyakan mengenai kelewatan kerajaan membentangkan Akta 355, Enakmen Jenayah Syariah (EJS) yang didakwanya sudah siap pindaannya.


Beliau juga mahu Jamil Khir menyatakan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan kerajaan berhubung undang persendirian Private Members Bill yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat. Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS terus membuat kecoh dengan penjelasan Jamil Khir bahawa perkara itu tidak dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja yang bersidang baru-baru ini.

 Kedegilan beliau mencetuskan rasa tidak puashati ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said yang berkali-kali mengarahkan Mahfuz duduk.

 Beberapa ahli parlimen BN turut menjerit dan menyatakan, Mahfuz sengaja membangkitkan isu itu semata-mata mahu timbalan speakar menghalaunya supaya beliau jadi hero atau dalam isu hudud. Selain Mahfuz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa turut mendesak Jamil Khir menyatakan pendirian kerajaan berhubung hudud. Ismail berkata, tidak ada peraturan memaksa menteri menjawab.

 Pertikaman lidah itu berakhir apabila timbalan speakar mengarahkan Mahfuz diusir keluar Dewan selepas menimbulkan kekecohan hampir 20 minit. Menurut Ismail , beliau menggunakan peraturan mesyuarat mengarahkan Mahfuz keluar Dewan dengan dua alasan utama iaitu tidak mengedahkan teguran dan nasihat malah dijawab pula Mahfuz, tidak mahu diam dan melawan arahan timbalan speaker. Sebab kedua apabila Mahfuz menggunakan perkataan menteri bacul. 

Saksikanlah sendiri perangai tidak profesional Mahfuz seolah-olah naik ‘meroyan’ terjerit-jerit bertikam lidah dengan Ismail dan Jamil Khir menerusi video berikut.





One Response

  1. Anonymous says:

    Bila beruk jd YB ... Ni lah jadinya

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.