..

..

7 AMANAT PM UNTUK PANDUAN BANGSA MELAYU @NajibRazak @HishamuddinH20

on Sunday, March 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat serta bermaruah. Perdana Menteri ketika menggariskan amanat itu dalam Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini berkata, orang Melayu dan umat Islam mesti memperjuangkan ketinggian agama Islam serta syiarnya sebagai agama Persekutuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

 Menurut beliau, amanat kedua menuntut orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan mereka serta kaum bumiputera yang lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Najib memberitahu, amanat ketiga menegaskan komitmen untuk menegakkan maqasid syariah manakala amanat keempat menyatakan tekad memperkukuhkan ekonomi orang Melayu agar mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di negara ini dan di pentas antarabangsa.



 Beliau yang juga Presiden UMNO menambah, amanat kelima memberi penekanan terhadap usaha melatih dan mendidik orang Melayu sebagai peneraju yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global namun dalam masa sama, berpaksikan kepada adat resam dan budaya Melayu.

 “Amanat keenam iaitu menyuburkan nilai-nilai mahmudah yang mulia lagi terpuji seperti berjiwa besar, semangat juang yang tinggi, berani serta patriotik kepada watan dengan menjauhi sifat-sifat mazmumah yakni tercela, terkeji seperti berdengki dan bersengketa serta bermusuh-musuhan sesama bangsa.

 “Amanat ketujuh, memperteguh institusi keluarga dan masyarakat Melayu serta menjadikan nilai murni seperti hormat menghormati, kasih mengasihi, tolong menolong sesama kita di samping itu menjauhi sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, saling memfitnah sesama bangsa dan seumpamanya,” katanya.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad.

Perdana Menteri menegaskan, dengan tujuh amanat tersebut, orang Melayu wajib mengorak langkah dalam mengeratkan silaturahim sesama bangsa. Beliau berkata, orang Melayu mesti menjadi bangsa yang kuat, hebat, bermaruah dan diberkati Allah SWT.

“Amanat yang dilafazkan ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu hendaklah dijadikan peringatan yang kekal untuk kita semua.

“Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir dalam tubuh badan kita semua, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila,” ujarnya. Najib mengakhiri amanatnya dengan laungan ‘Hidup Melayu!’ dan ‘Allahuakbar’ masing-masing sebanyak tiga kali yang seterusnya disambut dengan teriakan gemuruh oleh para hadirin. -


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Gani, kau buat kertas cadangan kepada Najib supaya diadakan penjara VVIP untuk golongan atasan dan orang-orang kaya 'dipenjarakan' bila melakukan kesalahan.

    Dalam 'penjara VVIP' itu wajib menyediakan sebuah 'sel' yang mempunyai 5 bilik tidur mewah beserta alatan perabot termasuk katil import dari Itali serta bantal dan tilam dari Jerman, lantainya pula marmar dari Perancis, ada bilik air mewah setiap bilik tidur itu berserta jakuzi, alatan dibuat dari marmar berkualiti tinggi dari Perancis dan Turki.

    Dalam 'sel' itu juga wajib disediakan ruang makan seluas padang bola, berserta meja makan dan kerusi mewah yang diimport dari Kanada.

    Selain itu, perlu disediakan TV yang ditempah khas dari Jepun yang bersaiz 100 inci beserta siaran Astro semua siaran untuk keselesaan 'banduan VVIP' dan keluarganya bila mereka melawat.

    Waktu lawatan adalah sesuka hati mengikut arahan dari 'banduan VVIP' itu.

    Selain itu, perlu ada mini night club dan ruang kongkek untuk 'banduan VVIP' itu mengongkek mana-mana betina atau jantan yang mereka suka.

    Betina-betina muda dan jantan-jantan jambu perlu disediakan untuk 'kepuasan' tahap maksima para banduan VVIP itu.

    Sila buat kertas kerja ini bersama Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Penjara yang merupakan mantan Pengarah Penjara Sungai Buloh supaya memberikan kesan yang sangat berkualiti kepada para 'banduan VVIP' itu.

    Inilah bila undang-undang dah dipermainkan oleh manusia yang diberi amanah hinggakan undang-undang itu diperkosa dengan kejamnya, maka lebih baik buat seperti di atas, lepas tu duit yang dibayar oleh para 'banduan VVIP' itu masuk dalam akaun orang-orang tertentu macam Peguam Negara dan Timbalan Pesuruhjaya Penjara yang merupakan mantan Pengarah Penjara Sungai Buloh sebahagiannya, lepas tu bawa anak bini pergi berjalan-jalan guna wang itu, lepas tu belanja pegawai dan kakitangan pemakan rasuah di Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Penjara, semoga korang semua enjoy di dunia ini puas-puas, macam pantat!!!!!!

  2. Anonymous says:

    Sudahlah Najib, tak habis-habis nak auta itu dan ini.

    Berhentilah membohongi rakyat, patutnya kau perlu berusaha keras untuk selamatkan Barisan Nasional, bukannya melingkupkan Barisan Nasional selepas puas mempelahap segalanya hasil mempergunakan Barisan Nasional selama ini.

    Tolonglah jeling-jeling di peringkat akar umbi masyarakat yang sudah tidak dapat terima kau sebagai Perdana Menteri, kau tentu syok dipuji, dijulang, dibodek dan diampu dengan penuh sukaria oleh macai upahan kau, sedangkan Bahtera Barisan Nasional hampir karam angkara kau juga.

    Sedih mengenangkan Allahyarham bapa kau, Tun Abdul Razak berhempas pulas, bertungkus lumus, bersusah payah, menderita, sengasara untuk mengasaskan dan memperkasakan Bahtera Barisan Nasional, tetapi di zaman kau yang merupakan anaknya, kau rosakkan itu dan ini dalam Bahtera Barisan Nasional, kini Bahtera Barisan Nasional hampir karam, karam bukan kerana diserang musuh, tetapi kerana kau yang menghancurkannya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.