..

..

6 PESERTA #KITALAWAN BELASAH PEGAWAI DBKL DITANGKAP, ANCAM KETENTERAMAN AWAM

on Sunday, March 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments







Syabas kepada POLIS yang bertindak tegas terhadap penyokong pembangkang dengan menangkap 6 orang individu antaranya 2 Adun Perak yang terlibat memukul dan membelasah  pegawai DBKL hingga mengalami kecederaan .

Tindakan mereka yang terlibat demontrasi #Kitalawan ini juga terbukti  semakin ganas dan boleh mengancam keselamatan orang awam .




POLIS TERPAKSA BERTEGAS SELEPAS PESERTA ‪#‎KITALAWAN‬   BERTINDAK GANAS, ANCAM KETENTERAMAN
"Hentikan sebarang bentuk perhimpunan atau polis akan terus tangkap." Demikian amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Daro Sri Khalid Abu Bakar kepada penganjur '#KitaLawan'.
Pendekatan tegas itu dibuat susulan penahanan enam individu, yang didakwa menyerang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di Jalan Tun Perak, di sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin.
SUMBER : BERITA HARIAN


ADUN Perak ditahan polis, pukul pegawai DBKL

 Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah ditahan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semalam selepas didapati bersalah menumbuk seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata dua ADUN tersebut adalah dari Teja-PKR, Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai, Tan Ka Heng.
Mereka ditahan di Lokap Balai Polis Jinjang bersama empat lagi peserta perhimpunan ‘Pecat IGP’.
“Kejadian berlaku apabila anggota Penguatkuasaan DBKL dihalang dan dipukul oleh peserta perhimpunan ketika mereka sedang menyita dan menurunkan kain rentang di Jalan Tun Perak pada jam 12.15 malam. Ia menyebabkan seorang pegawai DBKL cedera di bahagian muka, tangan dan hidung.
“Insiden pergaduhan itu juga telah menyebabkan uniform Pegawai DBKL koyak,” katanya dalam satu sidang media di Balai Polis Dang Wangi.
Tambahnya, DBKL telahpun memberi amaran dua jam lebih awal sebelum menurunkan kain rentang namun ia tidak diendahkan.
“Pegawai DBKL sudah memberi amaran pada jam 10 malam iaitu dua jam sebelum menyita dan menurunkan kain rentang namun amaran itu tidak diendahkan peserta,” jelasnya.
Katanya, kes pergaduhan tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menghalang kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat daripada menjalankan kewajipannya).
“Tangkapan peserta tersebut dalam lingkungkan 24 hingga 55 tahun. Jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” uajrnya.
Sebelum ini penganjur perhimpunan #KitaLawan telah mengumumkan mereka akan melancarkan kempen “Pecat IGP” selama seminggu bermula 21 Mac di Dataran Merdeka.
ADUN Teja, Chang Lih Kang berkata protes yang dinamakan “Duduk Bantah #KitaLawan Pecat IGP” itu bertujuan membantah salah guna kuasa KPN Khalid Abu Bakar dalam penangkapan peserta himpunan pada 7 Mac lalu.
Pada masa sama, Zainol Samah juga mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima maklumat tentang satu perhimpunan akan di lakukan di kawasan Sogo pada 28 Mac ini.
“Kumpulan ini akan berkumpul di Dataran Merdeka, Masjid Jamek Tun Perak, Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan seterusnya akan berarak ke KLCC,” katanya.
Justeru beliau menyeru supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan tersebut.
“Ini kerana perhimpunan tersebut tidak mengikut lunas undang-undang di mana tiada sebarang notis dikemukakan kepada polis.
“Perhimpunan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada lalu lintas,” ujarnya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Tindakan PDRM disokong 200%. Mohon supaya tindakan sebegini diteruskan hingga semua macai2 ditangkap atau insaf

  2. Anonymous says:

    Sokong tapi Polis Terlalu Slow!!

    Pihak Polis tolong BERTINDAK CERGAS DAN PANTAS terhadap BABi DAN ANJING JALANAN NI!!!

  3. Anonymous says:

    tangkap lepas itu aja le esok buat lagi dah muak

  4. Anonymous says:

    Nampaknya kaum cina lebih aggresif sekarang menentang melayu nak sangat mereka menduduki putrajaya setelah cara demokrasi dgn peralatan pengkianat bangsa melayu terutama dari parti pas gagal. Alhamdulillah, presiden pas telah sedar akan kesilapan beliau selama ini, bersama kita bangsa melayu mempertahankan hak bangsa melayu. Berjuanglah dgn prinsip kebenaran demi ugama, bangsa dan negara. Bermusyarahlah dgn parti umno untuk mendapat titik persamaan menegakkan hukum allah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.