..

..

1MDB : PM MATIKAN FITNAH PEMBANGKANG , AUDIT NEGARA SENDIRI SIASAT AKAUN

on Wednesday, March 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tidak ada apa yang nak di sorok.Kini semuanya terbuka.Setelah berdepan berbagai tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB),Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berani untuk membuktikan semua itu tidak betul.

Rabu...kabinet sendiri 'membicarakan' segala hal mengenai IMDB dan mendapati tidak ada salah laku.


Dalam sesi itu para menteri dan timbalan menteri telah mengemukakan pelbagai soalan pada pengurusan IMDB dan auditornya, Deloitte.

Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Rabu bukan setakat itu saja malah Najib memaklumkan kepada kabinet beliau sudah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk bertindak secara bebas bagi mengesahkan akaun 1MDB.

Selain itu,laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC, badan yang dianggotai kedua-dua pihak penyokong kerajaan dan pembangkang di Parlimen. 

"Sekiranya sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

Isu IMDB kebelakangan ini dimain sakan khususnya oleh pembangkang dalam usaha untuk memburukan kerajaan.

Malah ada yang membawa mulut konon ada kalangan menteri dan timbalan menteri ' ragu' mengenai IMDB.

Menurut kenyataan itu semasa di panggil mengadap kabinet,pengurusan IMDB telah memberi gambaran menyeluruh situasi semasa serta akaunnya.

Kabinet juga diberitahu mengenai tuduhan-tuduhan terbaru yang ditujukan terhadap IMDB berkaitan transaksi oleh pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan IMDB.

Pelaburan oleh IMDB telah diperolehi balik sepenuhnya dengan keuntungan yang besar diaudit.

Kabinet berpuashati tiada salah laku dan mahu syarikat itu dibenar melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.
Baru-baru ini dilaporkan Petrosaudi menafikan dakwaan kononnya ada sejumlah dana yang diperoleh sepanjang kerjasama strategik dengan 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi di luar negara.- 4/3/2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.