..

..

ZAIDI ADA STRATEGI AMPUH BUAT KEJUTAN PRK PERMATANG PAUH @dzaidisaid @dzainalabidin #P44

on Wednesday, February 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Bahang PRK Permatang Pauh semakin terasa .

Jika anda mendengar ucapan bersemangat Pengarah Jentera BN PRK Pmtg Pauh semalam   iaitu Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said , seperti ditanam satu tekad & keyakinan  akan ada elemen  kejutan menjelang PRK  Pmtg Pauh  .


Beliau mahu perubahan besar  berlaku dikalangan jentera semua peringkat di cawangan dan melaungkan kali ini cara kempen BN  akan berubah . Contohnya ,  tiada lagi poster & bendera yang banyak semasa kempen perlu ditampal dan digantung tetapi lebih  fokus kepada untuk menarik seramai mungkin pengundi untuk menyokong kita terutama atas pagar .



Selain itu , melihat kepada status terkini di FB beliau , seperti ada sesuatu strategi ampuh luar biasa  sedang beliau rancangkan  dan sukar diramal menjelang PRK Pmtg Pauh .

Sama-samakan kita nantikan kerana sebagai seorang Jeneral Perang  yang tahu selok belok masalah di kawasannya, kebijaksanaan beliau menyusun strategi untuk  pasukan transformasi amat ditagih !








UMNO Permatang Pauh tidak akan mengekalkan cara berkempen yang lama sebagaimana pilihan raya yang lepas untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, berkata pihaknya tidak akan mengulangi skrip yang sama dengan menampilkan calon bukan anak tempatan, payung terjun dan sebagainya sekiranya ada pilihan raya kecil di kawasan itu.

"Di peringkat Barisan Nasional Permatang Pauh dan negeri, kita telah mengadakan dua mesyuarat awal bersama parti komponen yang lain untuk persiapan kita. Keseluruhannya, jentera pilihan raya telah kita tubuhkan, cuma perjalanan dan gerakan akan kita fikirkan selepas 24 Februari ini.

"Kalau ada pilihan raya kecil maka kita akan buat pergerakan jentera sepenuhnya. Cara berkempen di Permatang Pauh akan berubah daripada yang sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan limau dan 'ang pow' kepada 350 warga emas di Parlimen Permatang Pauh, di sini hari ini.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang Ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Namun, sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuatkuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada pihaknya ada mengemukakan nama-nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu, Mohd Zaidi berkata setakat ini beliau belum diminta untuk mengemukakan sebarang nama dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya percaya Barisan Nasional akan buat keputusan berdasarkan perbincangan sesama kita (parti komponen). Bagaimanapun, apa-apa cadangan nama kita belum kemukakan...mungkin masih terlalu awal," katanya.
- BERNAMA


2 Responses

  1. Anonymous says:

    letak lah siapa pun. bn tetap bungkus

  2. pkr pun boleh d bungkus ...oghang p/pauh dah bosan dgn karenah annuak lebih 30 tahun merapu sokmo ..!..buat habih masa

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.