..

..

WARTAWAN KENA KENCING LAGI MAHFUZ BEAN NAK BAWA IBU SIRUL

on Friday, February 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Media sekali lagi 'ditemberang' apabila sidang media Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama ibu bekas korporal Sirul Azhar Umar yang sepatutnya diadakan pagi ini, sebenarnya tiada.
Perkara itu dimaklumkan seorang staf Pejabat Agung parti itu, Saripuddin Mohd Yatim kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Katanya beliau telah menerima panggilan dari Mahfuz yang dikatakannya berada di Alor Setar dan memaklumkan bahawa beliau (Mahfuz) tidak ada membuat apa-apa jemputan sidang media.
"Dia memang tidak tahu pasal sidang media ini... katanya jika ada sidang media, dia akan membuat jemputan," katanya di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menunggu sejak jam 10.40 pagi.
Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang mengatakan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama ibu Sirul di Pejabat Agungnya pada jam 11 pagi.
Sebelum ini, satu telesidang bersama Mahfuz dengan Sirul juga terpaksa dibatalkan selepas percubaan untuk menghubungi bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis itu gagal.
Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul 'tidak berjaya', telesidang yang sepatutnya berlangsung di tempat yang sama itu ditamatkan.
Mahfuz menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.
Sidang media itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul.
Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.
Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.
Kegagalan Mahfuz menghubungi Sirul turut dijadikan 'bahan lawak' apabila ada pihak yang membuat video parodi tentang panggilan tersebut.
Dalam video parodi berdurasi 48 saat itu, beliau digambarkan cuba menghubungi Sirul melalui babak lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul.
Meskipun turut terhibur dengan video parodi itu, namun Mahfuz menyifatkan dakwaan tidak percaya sesetengah pihak mengenai telesidangannya itu adalah halangan untuk rakyat mengetahui kebenaran kes berkenaan.
Tegas beliau, ia merupakan gangguan sekat talian yang dialaminya dan wartawan lain sejak sidang media dimulakan.
Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.