..

..

UMNO P.PINANG DEDAH CIRI - CIRI CALON BN PRK PERMATANG PAUH

on Wednesday, February 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Teka teki siapa calon BN dari UMNO akan bertanding di PRK Permatang Pauh  terus menjadi bualan hangat .

Yang pasti DS Zainal Abidin Osman @ Tok Non telah memberi gambaran ciri-ciri calon itu haruslah anak tempatan yang tinggal di Permatang Pauh dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat tempatan .

Seperti yang diperkatakan Ketua Bahagian Datuk Mohd Zaidi di status facebooknya   iaitu " strategi pemikiran di luar kotak"  &  juga  tidak ulangi skrip lama di Pmtg Pauh

 Sama- sama kita tunggu ...




BUKIT MERTAJAM: UMNO Pulau Pinang akan mengemukakan permohonan dan beberapa calon berpotensi kepada kepimpinan tertinggi parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata permohonan berkenaan akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat, selepas Dewan Rakyat mengumumkan secara rasmi kekosongan kerusi itu.

"UMNO negeri akan mengambil pendirian untuk memohon dan meminta kelulusan daripada Presiden parti, supaya kami diberi peluang untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh.

"Ini kerana, kita mahu seramai 72,153 pengundi diberi peluang untuk merasai pembaharuan bersama UMNO," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama 92 Ketua Cawangan UMNO di Permatang Pauh, di sini, malam tadi.



Mengulas mengenai senarai calon, Zainal Abidin berkata, UMNO negeri sudah mempunyai senarai pendek nama yang ingin diketengahkan kepada kepimpinan tertinggi parti.

Katanya, antara kriteria penting yang menjadi sandaran adalah calon mestilah anak tempatan yang tinggal di Permatang Pauh.

"Memang saya akui kita sudah ada beberapa nama calon, tetapi UMNO negeri menyerahkan keputusan berkenaan kepada Presiden untuk menentukan calon yang terbaik," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.