..

..

Presiden Majlis Peguam pro Anwar dicabar letak jawatan oleh 100 peguam !!

on Sunday, February 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR: Tarik balik kenyataan atau letak jawatan, kata lebih 100 peguam kepada presiden Majlis Peguam Christopher Leong berhubung reaksi beliau terhadap sabitan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat baru-baru ini.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman dan entiti serta badan antarabangsa.

"Jika beliau gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh yang munasabah (14 hari), kami akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan presiden dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau.

"Kalau Leong keluarkan kenyataan atas nama perseorangan, tak apa, tapi bukan atas kapasiti atau mewakili Majlis Peguam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Leong dipetik media tempatan sebagai berkata Anwar 'dianiaya, bukan didakwa' apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Datuk Mohd Noor Amin berkata pendirian dan kenyataan terbuka yang dibuat Leong adalah bertentangan dengan asas dan kewajipan statutori Majlis Peguam Malaysia yang turut termasuk melindungi integriti serta kesucian badan kehakiman.

"Leong mengakui tidak membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan, tetapi pada masa sama, sehari selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya, beliau mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan dibuat tanpa sebarang asas dalam undang-undang, hanya semata-mata dengan merujuk kepada laporan media tentang perbicaraan itu," katanya.

Pada 10 Feb, Anwar kalah dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh di sini.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya  Mohd Saiful Bukhari Azlan di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



2 Responses

  1. Mak Bedah says:

    Indonesia sepatutnya masuk campur dalam politik Malaysia, takluk Malaysia.
    Terdapat sangat ramai pembelut Melayu dari parti pembangkang selepas Kemerdekaan Malaysia dari tangan British. Terdapat ramai pemimpin yang busuk hati terhadap BN.
    Keluarga Ketum
    Rafizi
    Lim Kit Siang
    Lim Guan Eng
    Liew Chin Tong
    Muhammad Sabu
    J.Sivarasa
    Surendren
    Ram Karpal Singh
    Azmin Ali
    Tony Phua
    Tian Chua
    Christopher Leong, presiden bar Council
    Ambiga

    Dan ramai lagi pembelut Melayu pembangkang bersetongkol dengan kaum pembangkang lain.

    Amat bagus jika Indonesia menyerang Malaysia dan menakluk Malaysia selama-lamanya. Indonesia adalah Negara yang kuat kubu pertahanan, Indonesia paling bijak memerintah Negara lihat sekarang, Joko Widodo adalah pemimpin yang pintar dan tegas, menangani penyeludup dadah. Tidak seperti Malaysia, amat lemah menangani penyeludup dadah, penjenayah yang lain semakin menjadi-jadi. Setiap hari dilanda penyeludup dadah.

    • Indonesia kelihatan tegas menghukum korupsi dan rasuah dinegara mereka. Tanah yang subur, Indonesia TIDAK beri muka dengan penduduk Cina dan India disana. Ramai jutawan Cina Indonesia yang lari ke Singapura menyembunyikan harta wang mereka di bank-bank Singapura.
    • Memang baik jika Indonesia memerintah Malaysia, biarkan Singapura Negara yang kenit takut, lari duduk di mana-mana Negara Cina, Cambodia, Taiwan dan Hongkong, India, dan Sri Lanka.
    • Indonesia apabila sudah ketahui nama-nama penjahat di atas, tangkap mereka dan hokum tembak sampai mati semua penderhaka Negara yang tersebut di atas, tidak peduli sama ada mereka Melayu, Cina atau India, kerana mereka adalah penderhaka Negara Malaysia. Pembangkang menghasut dari ekonomi penerbangan Malaysia hingga ke system mahkamah Negara.
    • Sudah sampai masanya Indonesia berlengkap dengan military peperangan, jangan peduli British lagi, kerana sekarang ekonomi Eropah sangat lemah.
    • Malaysia atau Indonesia mesti keluar dari ASEAN kerana pertubuhan ini memberi ruang kepada parti pembangkang memperkasakan niat jahat mereka.

  2. Anonymous says:

    A display of a poor sense of ethics by a President of Bar Council that has tarnished the entire body.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.