..

..

NGO PERTIKAI APA SALAH USTAZ KAZIM HINGGA DITUDUH PERKAUMAN ?

on Tuesday, February 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Wira Perkasa Malaysia menyokong penuh terhadap penceramah bebas kelahiran Perak, Datuk Kazim Elias yang sentiasa mengingatkan orang Melayu agar mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris, berkata penceramah itu berusaha menyedarkan segelintir orang orang Melayu yang kini ramai yang telah berpaling arah untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa Melayu.

“Saya rasa sesiapa saja yang menonton pasti akan terkesan kerana kini sudah ramai yang tidak mahu ambil kisah tentang pejuang negara yang majoriti berbangsa Melayu yang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.

“Persetankan kepada mereka yang hanya tahu mengeji mencaci memaki usaha kita dalam mempertahankan maruah agama bangsa dan negara ini.

“Tidak ada manfaat yang kita peroleh dari mereka pun. Apa salah Datuk Ustaz Kazim Elias hingga ada antara mereka sanggup membuat laporan polis dengan menyatakan bahawa Datuk Ustaz Kazim membuat kenyataan yang berbaur perkauman..?? Apa yang dikatakan oleh Datuk Ustaz Kazim adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Beliau berkata, orang Melayu seharusnya sedar dan bangkit daripada terus tidur lena.

“Ingatlah orang Melayu. Kini kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan hala tuju kedudukan bangsa kita. Jangan mudah melatah apabila ditegur,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya berharap agar pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membuat penelitian, bertindak secara adil dan saksama jika perlu dalam memenuhi SOP demi menjaga integriti pasukan beruniform.

“Kami menyokong Ustaz Kazim serta bersetuju dengan perkara yang dinyatakan dalam video ceramah itu kerana ia perkara yang benar. Ingat kealpaan kita sendiri akan memecah belahkan perhubungan antara kita akhirnya. Bersatulah demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara,” katanya. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Nampaknya orang Melayu sudah kehilangan hak untuk memberi nasihat dan peringatan pada bangsa mereka sendiri sekarang ini .Mungkin mereka mahu kita semua hanya perlu menyanyikan lagu 'Si Luncai dgn labu-labunya' -biarkan,biarkan.... supaya mereka boleh terus mengganas,memonopli,memanipulasi dan akhir sekali mengeyahkan kita dari bumi ini.Malangnya ini semua mereka lakukan dgn kerjasama bangsa kita ,malah sebahgian pemimpin kita sendiri tak kira lah dari kelompok mana.

  2. Anonymous says:

    SEMUA NI BERPUNCA DARI NUAR LIWAT DAN CITA2 UMAT PAS YG RIAK

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.