..

..

NGO GESA KERAJAAN SIASAT AGENDA MAHFUZ BEAN KALDAIKAN SIRUL

on Friday, February 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Tindakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang dilihat beria-ia mahu mengadakan pertemuan dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar di Australia baru-baru ini dipertikaikan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Ramesh Rao.

Ramesh turut mempersoal apakah niat sebenar Mahfuz dan beberapa pemimpin pembangkang lain bertindak demikian malah beliau difahamkan keluarga Sirul Azhar akan ditaja oleh mereka untuk melawatnya dalam masa terdekat di negara itu.

"Apakah kepentingan kes ini kepada mereka? Sebelum ini Mahfuz cuba mengadakan telesidang bagi mendedahkan kes itu walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negara itu."

"Saya juga tidak faham dengan siapa Mahfuz telah bercakap sedangkan peguam Sirul Azhar sendiri mengaku tidak mengetahui langsung tentang perkara itu."

"Sekiranya benar-benar demi rakyat, ada banyak lagi kes di negara ini yang memerlukan pengadilan, apakah sebenarnya agenda tersembunyi dan kepentingan politik Mahfuz dalam perkara ini, kami ingin tahu juga," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.



Menurut laporan Astro Awani sebelum ini, peguam Sirul Azhar, Hasnal Rezua Merican sendiri tidak mengetahui dengan individu Mahfuz bercakap.

Sehubungan itu, Hasnal Rezua berkata, tindakan Mahfuz dalam usaha menghubungi Sirul Azhar baru-baru ini adalah tanpa pengetahuannya dan juga seorang lagi peguam yang mewakili Sirul, Kahirul Hisham Kamaruddin.

Ramesh dalam kenyataannya turut menggesa kerajaan supaya membuat siasatan terhadap telesidang yang diadakan oleh Mahfuz bersama Sirul Azhar meskipun kerajaan Australia telah mengeluarkan arahan larangan.

Dalam telesidang yang berlangsung di pejabat PAS di Kuala Lumpur pada 23 Februari lepas, Datuk Mahfuz Omar cuba membuat panggilan dengan menghubungi Sirul di Australia menerusi talian mudah alih, namun Sirul gagal dihubungi selepas kira-kira 40 minit. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerajaan BN pimpinan pemimpin UMNO tak prihatin..Sebab mereka sumo dah kaya raya..rakyat biar mampus. Tak tahu KDN dan PDRM nak bertindak..kalau rakyat marhaen cepat saja..

  2. Kalau betul kaya lah..Najib ada berapa Billion ringgit agaknya? Sdyiap Ketua Bahagian Umno berapa ratus juta ringgit? Setiap Ketua Chawangan berapa puloh juta ringgit? Saja saja nak tahu lah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.