..

..

Mr Bean Mahfuz bertukar jadi PELAWOK , cukuplah bersandiwara nak memfitnah !!

on Tuesday, February 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Sudah dijangka dari awal Mr Bean Mahfuz ini menipu semua kononnya akan buat telesidang bersama Sirul Azhar . 

Selepas kantoi gagal hubungi , dia mendakwa Sirul dah hubunginya kembali selepas 2 jam . 

Macam ayat nak cover malu pulak ..

Persoalannya , betul ke Mr Bean PAS ini berjaya hubungi Sirul itu di dalam tahanan Imigresen Australia ??   Sebab siapa pun boleh berlakon dengan menayangkan nama Sirul dengan message  melalui Handphone . 

GPB setuju dengan pandangan Sdr Lokman Adam bahawa cukup la Mahfuz ini bersandiwara kerana dia memang pembohong besar !!



SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!

Oleh
Lokman Adam
Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut. Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut. Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwa






15 kali hubungi Sirul gagal - Mahfuz 





Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul Azhar Umar gagal, telepersidangan yang sepatutnya berlangsung dari Pejabat Agung PAS bersama Datuk Mahfuz Omar ditamatkan.

Ketua Penerangan PAS itu menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.

"Saya menyatakan mengenai nombor telefon yang saya akan guna untuk menghubunginya. Dan mesej itu dijawab 'OK' olehnya," ujar Mahfuz yang amat mengharapkan telepersidangan itu dapat mendedahkan motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau memberitahu wartawan bahawa sidang media itu dibuat kerana isu melibatkan Sirul Azhar sangat kontroversi dan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

“Ini (melibatkan) pengakuan Sirul yang (sebelum ini) mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut atas arahan pihak tertentu. Sehingga kini, dia masih belum lagi memaklumkan kepada semua (supaya) kita ketahui siapa yang beri arahan (itu).

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan Sirul, namun saya tidak mempengaruhi Sirul untuk melakukan pendedahan. Saya cuma katakan, ‘nyatakan daripada hati kamu sendiri’,” kata Mahfuz.

Sidang akhbar itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul. Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.


Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.

Sepanjang tempoh itu, Mahfuz diasak soalan daripada media berkaitan motif sidang akhbar, dan pengesahan integriti dan identiti individu yang beliau percaya sebagai Sirul tersebut.

Apabila ditanyakan mengenai logik Sirul mempunyai bebas berkomunikasi ketika dalam tahanan, Mahfuz memberitahu bahawa dia hanya menjadi tahanan Imigresen dan bukan polis maka dia mempunyai akses kepada Internet dan juga telefon bimbit.

"Sidang media ini sebagai peluang untuk Sirul menjelaskan motif pembunuhan. Kita mahu tahu apa yang berlaku," ujar beliau.

Mahfuz seterusnya ditanyakan soalan tentang pengesahan bahawa orang yang dihubunginya itu benar-benar Sirul Azhar.

“Susah saya nak beritahu macam mana saya tahu. Tapi saya yakinlah itu Sirul,” jawab Mahfuz yang mengalihkan topik mengenai rancangan beliau untuk ke Sydney.

Mahfuz memberitahu, pada Jumaat ini beliau akan mengumumkan tarikh untuk pihaknya membuat lawatan ke Australia bagi menemui Sirul.

Nama misi untuk bertemu Sirul yang bakal disertai keluarga terdekatnya itu juga akan diumumkan.

Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, portal Malay Mail Online melaporkan bahawa Sirul berjaya dihubungi Mahfuz ketika kebanyakan petugas media telah pulang.

Dalam panggilan telefon itu, Sirul dikatakan ‘tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat kerana menghormati perlindungan Canberra’.


One Response

  1. Anonymous says:

    Padan muka hang Mahpus kerana niat tak baik hang terkantui kena tipu dengan Sirul depan wartawan pulak tu malu besaq tau

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.