..

..

MISTERI KENYATAAN SIRUL PEMBUNUH ALTANTUYA DENGAN KES LIWAT ANWAR !!

on Thursday, February 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




1 - Baru-baru ini   portal Malaysiakini telah menghidupkan kembali isu kes pembunuhan Altantuya dengan mendakwa Sirul Azhar yang berada di Australia  akan membongkarkan semula kes Altantuya dengan meninggalkan hint  :

 “Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas "

2. Hingga la ia menjadi  seperti isu besar walaupun  ianya hanya memetik perbualan antara Sirul dengan wartawan  Malaysiakini . Malah Tan Sri KPN terpaksa menjawab isu ini walhal  hanya petik artikel perbualan sahaja yang mana entah betul atau SPIN !!


3. Hairan bin ajaib di Malaysia ini , penjenayah seolah-olah dipertahankan  waima beliau seorang bekas anggota Polis pun seperti Sirul Azhar yang kini telah  didapati bersalah membunuh Altantuya dan kini mula  mengugut mahu dedahkan siapa sebenar orang atasan mengarahkan dia membunuh .


Alasan pembangkang dan media mereka ialah  penjenayah ini telah diarahkan  oleh orang atasan  untuk dia melakukan jenayah .  


4.  Sebagai rakyat Malaysia , kita boleh checkmate  & persoalkan pulak kepada pembangkang mengapa mereka tak persoalkan  Sirul Azhar Umar agar "menolak arahan membunuh 'oleh orang atasan didakwanya itu seperti mana mereka mempersoalkan Saiful Bukhari tak melawan dan menolak arahan  Anwar dalam kes liwat ?

 Mengapa ada sikap double standard mereka dalam isu kes Sirul dengan kes liwat Anwar ? Apa bezanya kes Sirul dengan kes liwat Saiful -Anwar ? 


5.  Selain itu , pendedahan  tangan-tangan ghaib di Australia yang menjaga Sirul Azhar  sebelum ini (klik di sini )   nampaknya mempunyai connection rapat dengan Malaysiakini  selain media Australia yang sememangnya tak berapa suka negara kita . Tak mustahil portal pembangkang ini akan menjadi media utama yang akan memainkan wawancara  penipuan Sirul Azhar ini dengan kerjasama  media di sana  . 


6. Malah Tan Sri KPN sendiri dalan kenyataannya apabila ditanya menyatakan kemungkinan Sirul bertindak demikian kerana dipengaruhi pihak tertentu . 




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada sebab bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan melibatkan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Kenyataan itu dikeluarkan Khalid meskipun tertuduh, Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia menyatakan kemungkinan untuk mendedahkan semuanya kepada media negara itu.

Jelas Khalid, tertuduh, Sirul mempunyai peluang berbuat demikian di tiga peringkat di Mahkamah.

Kenapa sekarang baru dia hendak dedahkan semuanya? Saya bimbang ada pihak yang ada kepentingan cuba mempengaruhi dia untuk memberi tahu perkara yang tidak betul.

“Mereka tahu dia di Australia yang mana kerajaan Australia tidak akan hantar dia balik kerana undang-undang negara itu yang tidak mengiktiraf kerjasama dengan negara yang mengamalkan hukuman mati.


“Kita tidak akan buka kertas siasatan oleh sebab desakan pihak tertentu tapi kita akan memantau apa yang ingin didedahkan Sirul,”



7. Adakah  tangan-tangan ghaib di Australia yang  dimaksudkan  sebagai pihak yang berkepentingan bagi mempengaruhi Sirul bagi merekayasa cerita bohong ketika diwawancara  ?  


Jangan kita  terkejut sekiranya  Sirul Azhar  boleh kaitkan semula nama PM dalam pembunuhan Altantuya ini seperti mana dibuat pembangkang dahulu  semasa awal kes pembunuhan dibicarakan  ini yang mana  akhirnya ia  jelas satu fitnah penipuan jahat  !

Portal pembangkang Malaysiakini  akan menjadi  media CORE untuk isu Sirul  dan juga akan  ada suara2 NGO pembangkang akan menyalak selepas ini . 


8. Kesimpulannya , ada sedikit persamaan antara  Anwar & Sirul dalam kes mereka masing-masing  iaitu mereka tak berani  mendedahkan perkara sebenar ( jika benar)  di mahkamah sebaliknya memilih di luar seperti di ceramah & diwawancara. 

Mengapa baru sekarang Sirul mahu  dedahkan perkara sebenar kes Altantuya ?? 

Sebab mudah  rekayasa skrip  kerana nun jauh di Australia dengan bantuan tangan-tangan ghaib ?







3 Responses

  1. Anonymous says:

    tiba2 je si sirul ni nak buat kenyataan. selama ni xde pula nk bagi sebarang komen yg mengaitkan sesiapa. ke ada yg dh menghasut untuk menjatuhkan pihak tertentu.

  2. Anonymous says:

    sirul ni dibayar ke untuk kenyataan yg dia keluarkan ni. pelik sbb tiba-tiba sahaja perkara ni boleh timbul sedangkan hukuman telah di jatuhkan ke atas sirul dan azilah.

  3. Anonymous says:

    kenapa nak kaitkan isu liwat anwar dan kes althantuya. ni dua perkara yg berbeza. yg sorang membunuh dan sorang lagi meliwat. anwar dh terbukti bersalah meliwat saiful jadi nk tegakkan apa lagi. pihak pembangkang mainkan isu yg sama saja. sebab utama untuk jatuhkan kerajaan.sama jugak mcm kes sirul ni. last minute tup..tup.. keluar kenyataan. apa kata tunjukkan bukti dulu sebelum lemparkan tuduhan yg akhirnya makan diri sendiri.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.