..

..

Malaysia Today “Dedah Anwar dan MyWatch Cuba Pengaruhi Pegawai Penyiasat Kes Liwat”

on Sunday, February 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi MyWatch, NGO pencegahan jenayah, Sri Sanjeevan Ramakrishnanwork didakwa terbabit dalam komplot memalsukan keterangan pegawai penyiasat kes liwat Anwar ke atas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Mohd Azlan seminggu sebelum pilihan raya umum ke-13.
Dalam pendedahan siri pertama portal Malaysia Today hari ini, penulis portal terbabit memetik pegawai penyiasat kes Liwat, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) bahawa seminggu sebelum pilihan raya beliau diminta membuat kenyataan akhbar bahawa kes liwat II ini merupakan satu komplot kerajaan.
Menurut Malaysia Today, Jude berjumpa dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton seminggu sebelum pilihan raya umum atas permintaan pengerusi Mywatch tersebut.
Dalam perjumpaan tersebut Sanjeevan telah meminta agar membuat kenyataan akhbar bahawa semua tuduhan terhadap Anwar Ibrahim hanyalah satu komplot kerajaan dan Barisan Nasional. Sanjeevan berjanji bahawa Pakatan Rakyat hampir pasti menang dalam pilihan raya umum lalu dan mereka akan menjaga kebajikan Jude sekiranya beliau membuat kenyataan sedemikian.
Sanjeevan turut menghubungi Anwar Ibrahim dan menyuruh Jude bercakap dengan Anwar. Bagaimanapun Jude memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa kenyataan yang menggambarkan terdapat sebarang komplot oleh kerajaan kerana siasatan beliau tidak menemui sebarang unsur sedemikian.
Jude menyatakan bahawa beliau hanya sanggup membuat kenyataan akhbar bahawa beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim.
Malaysia Today turut menyatakan bahawa kisah Jude ini tidak didedahkan sebelum ini bagi mengelakkan menghina Mahkamah kerana perbicaraan Anwar belum selesai pada peringkat Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.
Pendedahan siri pertama ini sangat menarik kerana ia dijangka turut mengaitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam episod seterusnya.

SUMBER : MYKMU.NET 



Sumber asal teks: Malaysia Today
Artikel ini ditulis tanpa prejudis dan untuk kepentingan rakyat dan Kerajaan Malaysia
Oleh Raggie Jessy
Bahagian pertama artikel ini berkaitan dengan perkara pokok, di mana ia mendedahkan kemungkinan konspirasi berkaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan Ramakrishnan dan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
1. Bagaimana Anwar Mempertikai Kredibiliti Jude Pereira.
Pasukan pendakwaraya perlu menanggung beban pembuktian apabila tuduhan liwat dikenakan terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Anwar sekali lagi mendapat perhatian untuk maksud yang salah apabila Mohd. Saiful Bukhari bertemu Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid di Hospital Pusrawi pada 28 Jun 2008, mengadu kepada Dr. Osman yang dirinya mengalami sakit di bahagian perut dan dubur.
Di dalam testimoninya pada 4 February 2010, Saiful telah menyatakan bahawa Dr. Mohamed Osman menghentikan pemeriksaan dengan segera apabila Saiful sendiri mendedahkan bahawa dirinya telah diliwat.
Saiful menjelaskan bahawa Dr. Mohamed Osman telah memaklumkan bahawa hospital itu tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pemeriksaan foreksik yang bersesuaian dengan kes tersebut. Tambahannya lagi, laporan daripada hospital swasta tidak akan menjadi satu keterangan yang kukuh di dalam mahkamah undang-undang.
Atas penjelasan dan nasihat Dr. Mohamed Osman, Saiful seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur di mana beliau telah bertemu dengan Dr. Daniel. Saiful secara berterus terang menyatakan tujuannya ke hospital tersebut. Seperti yang diperkatakan oleh Saiful sendiri, “Saya memberitahu secara terus terang bahawa saya hendak mendapatkan pemeriksaan perubatan kerana saya telah diliwat oleh Dato’ Anwar Ibrahim. Dia kelihatan terkejut dan menulis nota untuk saya dirujuk ke wad kecemasan.”
Semasa pemeriksaan perubatan, Saiful menyedari kehadiran Timbalan Superintendent Polis, Jude Pereira. Jude, yang merupakan pegawai penyiasat bagi kes Saiful telah diberikan satu beg plastik yang mengandungi sampel sapuan dari dubur Saiful.
Pasukan peguambela Anwar Ibrahim telah cuba untuk menyingkirkan bukti sampel ini. Kejadian yang pada mana menghasilkan keputusan ujian DNA ini telah menjadi subjek pertikaian oleh mereka sejak tahun 2010. Dalam usaha untuk mencemarkan kredibiliti Jude sebagai saksi utama di dalam kes ini, Pasukan peguambela Anwar Ibrahim juga pernah merujuk keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak Jude untuk dimasukkan ke dalam Badan Peguam Malaysia.
Saya harus menyatakan bahawa saya mendapati pendirian yang dikemukakan oleh pihak peguambela tidak mempunyai kaitan, walaupun artikel ini tidak mengandungi pandangan peribadi saya. Dengan itu, pengendalian Jude terhadap sampel tersebut menjadi asas kepada usaha untuk mengheret bekas DSP tersebut ke dalam kandang saksi.
Sejak tuduhan liwat ini dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, beliau kekal konsisten dengan tuduhan konspirasi terhadap Kerajaan Malaysia untuk memenjarakan beliau. Malah, Ketua Pendakwaraya Tan Sri Mohd. Shafee Abdullah menyatakan bahawa “Anwar sekali lagi membuat pertuduhan yang konspirasi yang sama yang telah dibuat olehnya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.”
Adalah menarik untuk diperhatikan bagaimana kaedah Anwar telah memilih Jude dari kalangan anggota polis yang terlibat dengan siasatan kes liwat beliau dan mendakwa Jude telah berpakat dengan Kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan karier politik dirinya.
2. Bagaimana Tan Dri Musa dan Sanjeevan Bertemu Dengan Jude.
Beberapa bulan selepas PRU13, saya telah bertemu dengan Jude di kediamannya sendiri di Ipoh. Jude telah menceritakan pengalamannya kepada saya dengan begitu jelas, seolah-olah kejadian itu baru sahaja berlaku semalam. Saya agak terkejut apabila  mengetahui terdapat kemungkinan penglibatan yang lebih mendalam oleh Tan Sri Musa, Sanjeevan dan Anwar Ibrahim sendiri. Saya kemudiannya memujuk Jude untuk membenarkan saya menerbitkan artikel ini demi kepentingan negara.
Namun, Jude mengingatkan saya bahawa kes ini masih lagi berjalan dan apa yang diperkatakan akan mempunyai impak terhadap kes tersebut. Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkara itu dengan lebih lanjut.
Kemudian, sebaik sahaja keputusan terhadap Kes Liwat II Anwar Ibrahim dibacakan oleh Ketua hakim Tun Arifin Zakaria, saya menghubungi Jude melalui telefon untuk melakukan pendedahan yang berkaitan dengan pengalaman Jude kepada orang ramai tanpa perlu rasa takut ataupun prejudis.
Dengan itu, berikut adalah pengalaman peribadi Jude dengan Tan Sri Musa dan Sanjeevan sebelum PRU13. (Ditulis sendiri oleh Jude dan dipersetujui oleh saya dan Jude untuk diterbitkan)
” Kira-kira seminggu sebelum PRU13, saya berada di rumah saya di Ipoh apabila Tan Sri Musa, bekas Ketua Polis Negara menghubingi saya. Beliau meminta saya untuk berjumpa dengan saya di rumahnya di PJ. Beliau tidak memaklumkan apa-apa sebab untuk saya berjumpa dengannya tetapi saya cuma dapat rasakan bahawa ia berkaitan dengan tawaran kerja sebagai pensyarah yang pernah beliau tawarkan sebelum ini. Saya telah memberitahu bahawa saya boleh berjumpa dengannya pada hari Rabu berikutnya dalam jam 3 petang dan beliau bersetuju.
“Sebelum saya mendapat panggilan telefon daripada TS Musa, seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sanjeevan, Pengerusi kepada Crime Watch Malaysia, juga telah menghubungi saya beberapa kali dan meminta saya untuk berjumpa dengannya di PJ Hilton. Dia juga tidak menyatakan sebab mengapa hendak berjumpa dengan saya. Pada pendapat saya, lebih baik saya mengambil peluang untuk berjumpa dengan kedua-duanya sekali; pertamanya berjumpa dengan TS Musa dan seterusnya dengan Sanjeevan di PJ Hilton. Saya tidak sangka bahawa kedua-dua perjumpaan tersebut mempunyai sebarang perkaitan sehinggakan saya berjumpa TS Musa di rumahnya.”
” Lebih kurang dalam jam 2.30 petang apabila saya berjumpa dengan TS Musa di rumahnya di Jalan Gasing, PJ. Kami kemudian keluar untuk meminum teh di restoran Lotus yang berdekatan dengan rumahnya. Sedang kami duduk meminum teh, TS Musa mendedahkan bahawa beliau ketika ini merupakan penasihat kepada Crime Watch Malaysia di mana Sanjeevan merupakan Pengerusinya. Menurut TS Musa, Sanjeevan mempunyai hubungan yang rapat dengan DSAI (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) dan DSAI juga telah menyatakan bahawa keinginin DSAI untuk berkawan rapat dengan dirinya (TS Musa).
“TS Muda telah bertanyakan dengan secara terus terang samada sebagai pegawai penyiasat Kes Liwat II Anwar Ibrahim, adakah terdapat konspirasi di dalam siasatan saya terhadap kes tersebut. Saya adak terkejut dan memaklumkan kepada dia (TS Musa) yang merupakan Ketua Polis Negara ketika itu dan saya juga yakin bahawa TS Musa sendiri tidak terfikir bahawa terdapat apa-apa konspirasi mengenai siasatan saya di dalam kes tersebut. I memberitahunya bahawa kenyataan daripada saksi adalah jelas dan tidak terdapat walaupun secarik konspirasi. TS Musa berkata bahawa dia berpuas hati dengan jawapan saya. Kami duduk untuk beberapa minit lagi dan berbual mengenai perkara lain. TS Musa seolah-olah sedar bahawa saya akan ke PJ Hiltan untuk berjumpa dengan Sanjeevan dan kemudian saya memberitahunya sendiri bahawa saya akan berjumpa dengan Sanjeevan di PJ Hilton selepas ini. Saya menghantar TS Musa ke rumahnya dan kemudian menuju ke PJ Hilton.”
“Saya berjumpa dengan Sanjeevan di coffee house PJ Hilton. Dia sedang duduk di satu meja dan kelihatan sibuk dengan beberapa dokumen di hadapannya. Sedang saya berkenalan dengan dirinya, Sanjeevan menyatakan bahawa dia sedang membantu DSAI untuk PRU13 yang akan datang dan yakin bahawa PKR akan menang besar. Dia memaklumkan kepada saya bahawa DSAI sedang berkempen di Ipoh ketika ini. Sanjeevan sangat berterus terang. Dia bertanyakan kepada saya saya samada saya sanggup untuk mengadakan kenyataan media untuk menyatakan bahawa terdapat suatu konspirasi di dalam Kes Liwat II Anwar Ibrahim. Dia juga menyatakan bahawa saya akan dijaga dengan baik sekiranya PKR menang.”
“Saya memberitahu Sanjeevan bahawa saya tidak boleh melakukan kenyataan sedemikian, siasatan saya angsung menunjukkan bahawa tidak wujud sebarang konspirasi. Dia kemudiannya meminta saya untuk nyatakan sahaja bahwa terdapat campur tangan dari pihak kerajaan semasa siasatan, di mana saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan lakukan. Saya kemudiannya mencadangkan sekiranya mereka (DSAI dan Sanjeevan) mahukan bantuan dari saya, yang terbaik saya dapat lakukan adalah dengan menghormati keputusan mahkamah sekiranya DSAI dibebaskan  dan mendoakan kebaikannya. Sanjeevan kemudian menghubungi DSAI dengan telefon bimbitnya dan memaklumkan kepada DSAI bahawa saya berada bersama dengan Sanjeevan. Sanjeevan kemudian menghulurkan telefon tersebut kepada saya, meminta supaya syaa bercakap dengan DSAI. I cuma mengucapkan DSAI semoga berjaya untuk pilihanraya dan sekali lagi memberitahu kepada DSAI sendiri bahawa saya tidak mampu untuk lakukan seperti yang diminta oleh Sanjeevan. DSAI menjawab bahawa tidak mengapa dan cukup baik untuk saya nyatakan sedemikian.”
“Sanjeevan kemudian mencadangkan kepada saya untuk dia menulis sesuatu yang ‘ringan’  untuk saya katakan kepada media bahawa saya menyokong DSAI, dan dia akan memanggil wartawan pagi esok sekiranya saya bersetuju. Sanjeevan kemuan meminta saya untuk pergi ke hotel baru di KL Central untuk berjumpa dengan seorang individu yang akan menunjukkan kepada saya apa yang telah ditulisnya bagi pihak saya, di mana saya akan serahkan kepada wartawan keesokkanya. Sanjeevan memaklumkan bahawa saya akan dilindungi dengan baik di hotel tersebu dan saya boleh bermalam di hotel tersebut secara percuma. Kerana perasaan ingin tahu, saya ke KL Central untuk melihat sejauh mana hal ini akan berterusan.”
“Saya tiba di hotel baru di KL Central lebih kurang jam 8.00 malam. Di lobi, saya telah berjumpa dengan seorang lelaki India Muslim berjambang dan seorang lelaki lain. Saya memperkenalkan diri saya dan memaklumkan bahawa saya bersama Sanjeevan sebelum ini dan saya ingin berjumpa dengan mereka. Lelaki India Muslia tersebut dan rakannya memaklumkan bahawa mereka sedang membantu DSAI untuk pilihanraya. Lelaki berjambang itu telah memberikan saya draf surat dan sekiranya saya bersetuju, mereka akan memanggil wartawan keesokkannya. Saya amat terkejut apabila kandungan surat yang mengandungi lebih daripada 100 patah perkataan tersebut menyatakan bahwa saya selaku pegawai penyiasat mendapati DSAI adalah tidak bersalah dan telah didakwa dengan tidak adil, bukti yang sedia ada telah direka-reka untuk mensabitkan kesalahan terhadap DSAI. Penulisan tersebut membuatkan saya kelihatan begitu bodoh dan menjatuhkan integriti saya selepas usaha keras yang telah saya jalankan selama ini. Saya menolak permintaan mereka dan berjalan keluar dari hotel tersebut.”
“Saya memandu pulang ke rumah pada malam yang sama juga, menyesal berjumpa dengan Sanjeevan dan rakan-rakannya yang bertujuan untuk mengeksploitasikan diri saya demi kepentingan mereka. Kemudian, pada hari yang sama, TS Musa telah mengirimkan teks bertanyakan apa yang berlaku, bila saya menceritakan apa yang berlaku, TS Musa membalas bahawa apa yang saya lakukan adalah yang terbaik dalam melindungi integriti saya.”
3. Mengapa Sekarang?
Seorang sahabat pernah bertanyakan kepada saya sekiranya saya mengetahui mekanisma Anwar Ibrahim tentang beberapa isu. Saya memberitahu yang saya tahu sebahagian daripadanya, yang mana dia bertanya kembali mengapa saya tidak menerbitkannya. Secara jujur, saya tidak dapat menjawab.
Anda harus faham, ini adalah Anwar Ibrahim yang sedang kita perkatakan, bukannya mana-mana Ali, Ah Chong atau Bala. Adalah sangat sukar untuk saya mengumpulkan satu bahan yang lengkap dan layak untuk dipertimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila ia adalah mengenai seseorang yang saya anggap sebagai penipu yang sangat lick dan pernah memegang kuasa yang besar di dalam negara.
Ia mungkin mengejutkan untuk mengetahu bahawa terdapat ramai lagi yang masih menyokong Anwar Ibrahim. Penyokong tegar DSAI akan kekal sebagai penyokong tegar DSAI, walaupun bukti yang sangat mengejutkan diletakkan di hadapan mereka.
Dan sebab itulah mengapa Nurul Izzah dan Rafizi Ramli mampu untuk mencampakkan longgokan ‘sampah’ ke dalam kitaran media sebelum ini. Mereka mengharapkan untuk mendapatkan kepentingan politik dengan menyemarakkan lagi bahawa wujudnya konspirasi politik, teori yang mana Anwar Ibrahim canang-canangkan semenjak hari pertama Saiful berpaling daripada bosnya sendiri dengan dakwaan salah laku seksual.
Dalam apa jua keadaan, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak tidak pernah menawarkan sebarang jawatan menteri kepada Anwar Ibrahim ataupun apa-apa jawatan sekalipun. DS Najib juga langsung tidak pernah berjumpa Anwar Ibrahim untuk membincangkan rancangan Rekonsiliasi Kebangsaan.
Dan saya akan ulang sekali lagi, dalam apa jua keadaan, Najib tidak akan menawarkan apa-apa jawatan kepada Anwar Ibrahim. Malah, sebaik sahaja usaha Rekonsiliasi Kebangsaan dicanangkan, Anwar telah menjatuhkan Kit Siang dan merancang beberapa usul untuk berpaling tadah, antaranya adalah rancangan untuk menjatuhkan Khalid, memandu Kerajaan PAS-PKR Selangor untuk bergabung dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Apabila Anwar mendapati Najib lemah, Anwar telah merancang untuk menarik Najib ke dalam suatu bentuk penyatian yang mana dapat membantu dirinya mendapat sedikit kuasa, malah dapat melepaskan dirinya daripada dakwaan Liwat II. Sepertimana Anwar mendapati Jude Pepeira pada waktu Jude paling lemah untuk menjatuhkan kredibiliti bekas Timbalan Superintendan Polis tersebut.
Maka, ia menjadi suatu keperluan bagi saya untuk mendedahkan mekanisma Anwar yang sering memanipulasikan kesusahan orang lain untuk kepentingan dirinya. Dan ini adalah apa yang ingin diceritakan oleh artikel ini.
Baiklah, itu adalah satu luahan dari hati saya. Terima kasih.
*** Artikel ini adalah seperti teks asal melainkan beberapa perubahan yang disesuaikan mengikut konteks peralihan Bahasa.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.