..

..

LAPORAN POLIS USTAZ KAZIM ELIAS , KERJA JAHAT JATUHKAN MARUAH ULAMA !

on Tuesday, February 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


video ceramah Dato Uztaz Kazim Elias sudah lama di you tube , difahamkan sebelum beliau muncul di kaca TV lagi . 

Hairan juga ..mungkin  kebetulan Dato UKE baru mendapat Darjah Kebesaran dibuat laporan Polis oleh kaum Cina . 

Apakah ini satu sabotaj untuk menjatuhkan Dato UKE yang mana di ceramahnya bercakap tentang fakta bukannya perkauman ? 

BANGI -  Video Datuk Ustaz Kazim Elias sedang memberi ceramah dalam satu majlis kira-kira lima tahun lalu ‘panas’ kembali apabila satu laporan polis dibuat terhadap penceramah bebas dan pengendali rancangan Kalau Dah Jodoh itu, hari ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Difahamkan, dalam laporan itu Tiong Lam mendakwa beliau menerima satu rakaman video menerusi whatsapp daripada seorang lelaki ‘Mr Gan’, yang menunjukkan Datuk Ustaz Kazim sedang memberi ceramah.
Antara lain, beliau mendakwa di dalam video itu Datuk Ustaz Kazim ada mengatakan orang Cina hanya tahu melepak di kedai-kedai minum dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai.
Beliau mendakwa ceramah Datuk Ustaz Kazim itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina dan mengatakan kaum Cina hanya menumpang di Malaysia.
Siasatan ISMAweb mendapati hanya kira-kira dua minit saja daripada video berdurasi 10 minit itu mengandungi kandungan ucapan seperti yang didakwa oleh Tiong Lam.
Berikut adalah antara transkrip ceramah Datuk Ustaz Kazim yang menjadi isu ‘panas’.


“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.



“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.
“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco.





 Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?
“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?
“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?
“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?
“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?
“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”


Hakikatnya:

1. DUKE dalam ceramah tersebut menegur golongan yang bermati-matian mempersoalkan konsep Ketuanan Melayu. Beliau memberi analogi yang mudah. Pada waktu malam, kaum Cina bebas dibenarkan menjalankan kehidupan dan budaya mereka termasuk minum arak, berdisko dan berjudi, beliau bertanya siapa pula yang bertarung nyawa menjaga keselamatan termasuk di dalam hutan dan lautan? Merujuk senario berkenaan DUKE bertanya, "sekarang siapa tuan siapa hamba". Apakah yang tidak betul dengan kenyataan DUKE ini?

2. DUKE dalam ceramah itu menekankan kenapa ada puak-puak yang begitu gerun dan alergic dengan konsep "ketuanan Melayu" sedangkan di alam realiti merekalah yang menguasai ekonomi dan boleh berbuat dan bercakap apa sahaja. DUKE juga memberi mesej kepada orang Melayu yang menyokong pula golongan yang terang-terang memperlekeh bangsa mereka sendiri. Apa yang tidak betul dengan kenyataan DUKE ini?

3. DUKE dalam ceramah itu juga menekankan bagaimana orang Cina diberikan segala-galanya - berkongsi tadbir negeri, diberi tanah, menguasai ekonomi, diberi pangkat dan kuasa. Jadi kenapa hendak mula mempersoalkan soal ketuanan Melayu? Beliau bertanya adakah semua ini akan diberi kepada orang Melayu jika orang Cina mendapat kuasa memerintah?

Nampaknya ada usaha licik sedang dibuat untuk mengheret DUKE dan menyamakan beliau dengan pihak-pihak cauvinis dan puak liberal seperti Eric Paulsen, S. Ambiga dan NGO-NGO tajaan asing yang sedang galak bermain sentimen kaum dan menghina agama kebelakangan ini.

Puak-puak ini sedar gerakan mereka sedang diperhatikan, lalu hendak menjadikan golongan ulama sebagai sasaran untuk 'menghalalkan' kegiatan mereka. Konsep "kebebasan bersuara' yang mereka jadikan modal menghina dan memperlekeh Islam tiba-tiba sahaja lenyap.

Menariknya, laporan polis ini dibuat di Kelantan. Kenapa Kelantan? Supaya dalang sebenar yang mahu mengheret DUKE tidak akan kelihatan ketara. Untuk elak ada campur tangan luar dan bukan Islam maka laporan polis ini di buat di Kelantan dan mengunakan orang Kelantan.

Percayalah, laporan polis ini juga dibuat untuk melihat sejauhmana sokongan yang diterima oleh golongan agamawan seperti DUKE. Mereka hendak menguji sejauh mana kuat atau rapuhnya kesatuan umat Islam ketika agama mereka dipersoalkan. Pendek kata, mereka sekali lagi sedang menguji perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Kalau nak tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik semua ini, tunggulah esok lusa siapa yang ghairah sakan menghentam DUKE.

Ayuh, tunjukkan solidariti terhadap Dato Ustaz Kazim. Beri mesej kepada puak-puak ini bahawa DUKE bercakap atas landasan kebenaran.


4 Responses

  1. Benda betul takut apa...teruskan Dato Kazim..hantam itu China tarak basoh juboq. ....tapi kalau ada Amoi chantek nak masuk Islam eloklah kita bimbing...kah kah kah

  2. abdhakim says:

    Salam satu malaysia,saya merupakan pelajar di sekolah memandu MSDC melaka.Saya mengambil lesen jenis PSV (teksi),hajat di hati untuk mencari duit lebih untuk tampung perbelanjaan anak2 ke sekolah.Bermula pada bulan May 2014 saya telah menduduki ujian bertulis dan amali,dan setelah itu saya menjalani ujian jalanraya.Namun saya gagal sebanyak 2 kali dalam ujian jalanraya.Sepatutnya saya dipanggil oleh pihak MSDC untuk menjalani test untuk kali ketiga pada bulan Jun 2014, tetapi pihak MSDC tidak berbuat demikian,hinggalah sekarang walaupun sudah masuk tahun baru tetapi tidak ada satupun panggilan telefon dari tenaga pengajar mahupun kerani dari MSDC memaklumkan kepada saya tarikh test seterusnya, walaupun saya telah menelefon dan sms tetapi jawapan yang diberi ialah "kami belum dapat tarikh test dari JPJ".Saya telah membuat bayaran penuh sebanyak RM600,tetapi sikap lepas tangan kakitangan MSDC amat mengecawakan.Cuba kita fikirkan, orang yang nak bawa teksi ni di kalangan orang senang kah...Saya mengajak rakan2 dan kenalan,sekiranya ingin mengambil sebarang lesen memandu untuk anak atau diri sendiri..jadikan MSDC MELAKA PILIHAN TERAKHIR.Banyak lagi sekolah2 memandu yang lebih bertanggungjawab dan mampu menjalankan service dengan baik di melaka.Seorang rakan yang telah mendapat PSV berkata..."Aku buat PSV kat kerubong cuma habis RM400".Beginilah sebahgian nasib orang melayu,hinggakan nak bawa teksi pun jadi susah,tetapi masih sokong lagi pati rasis pemakan "Celeng"

  3. Anonymous says:

    Apa yang DUKE cakap adalah benar ...

  4. Anonymous says:

    Sokongan penuh ustaz duke

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.