..

..

LAGI MCA - DAP SERANG ISMAIL SABRI , LAGI KUAT SOKONGAN DITERIMA !!

on Wednesday, February 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Walaupun DAP dan MCA cuba putarnya menjadikannya isu perkauman,namun Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri terus mendapat sokongan dalam kontroversi beliau ajak orang Melayu boikot peniaga Cina yang tidak turun harga barang sekalipun harga minyak sudah turun.

Ini kerana semua cukup faham dan tahu sasaran kata-katanya yang kontrovesial di laman facebooknya Ahad lalu itu semata-mata ditujukan kepada tauke-tauke yang terus berdegil nak kaut untung dan bukannya kaum Cina secara keseluruhan.

Kalau selak laman-laman sosial didapati sokongan semakin mencurah atas keberanian Ismail Sabri menyuarakan hal ini secara terbuka.

Dalam pada itu beberapa pimpinan UMNO dan NGO turut mendokong saranan beliau agar para pengguna tampil gunapakai kuasa pengguna mereka untuk tekan para peniaga yang masih liat nak turunkan harga barang.

Bagi mereka isu ini melibatkan semua kaum pengguna di negara ini yang terkesan akibat perbuatan tauke-tauke yang menguasai pasaran ini.
Siapa yang tidak geram bila harga minyak naik mereka segera naikkan harga barang sebaliknya bila harga minyak turun semua ‘buat tak faham’.

Petang Selasa lebih 200 bekas ahli pergerakan Pemuda UMNO berkumpul di Riverside,Pusat Dagangan Dunia Putra sebagai tanda solidariti pada Ismail Sabri dalam menghadapi kritikan dari DAP,MCA dan Gerakan terhadpa kenyataannya.



Mereka membawa sepanduk kecil bertulis “WE ARE ALL ISMAIL SABRI”.
Ismail Sabri ialah bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh satu ketika dulu.

Bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia Datuk Zulkifli Alwi yang bertindak sebagai jurucakap mereka dalam sidang akhbar menegaskan rasa kesal dengan kecaman beberapa pihak terhadap Ismail Sabri.

Mereka juga marah kerana MCA khususnya Ketua Pemuda parti itu berpadu suara dengan DAP menghentam Ismail Sabri.

Menurut Zulkifli kenyataan Ismail Sabri bertujuan untuk membela rakyat kebanyakan dalam soal harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak.

Inilah intipati perjuangan YB Ismail Sabri yang kami kenal selama ini,”katanya.

Menteri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang muncul di situ kemudiannya kelihatan relaks saja dan memberitahu beliau datang cuma untuk jumpa kawan-kawan.

Katanya beliau terkejut melihat ramai yang datatang menghadapi perhimpunan itu.

Menjawab soalan wartawan Ismail Sabri kata beliau tiada isu dengan MCA sebaliknya MCA yang serangnya kerana kenyataan ajak boikot peniaga Cina yang tidak mahu turunkan harga barang.

Katanya beliau tidak akan serang balas kerana memegang semangat Barisan Nasional hal dalaman patut dibincang sesama mereka dan tidak terbuka.

Kepada soalan lain,menteri itu menegaskan beliau tidak akan minta maaf atau tarik balik saranannya pasal boikot peniaga Cina itu.

Katanya jika berbuat demikian ia seolah beliau setuju dengan perbuatan mereka.


Sementara itu Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Ismail Sabri sangat berasas.

“Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau mengetahui apa yang berlaku terutama barangan makanan yang dibawah kawalan & portfolio Kementerian beliau, iaitu eksploitasi harga yang berleluasa sekian lama, macam tidak terkawal langsung.

“Itu sebabnya sejak beliau menjadi Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, salah satu agenda besar yang beliau laksanakan ialah kempen Jihad Perangi Orang Tengah.Malangnya, kempen beliau itu tidak seorang pun pemimpin politik parti komponen BN, terutama dari MCA dan Gerakan menyokongnya,”kata MPM.

MPM terkilan dengan bidasan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, yang sepakat dengan Ketua Pemuda DAP, malah amat keterlaluan mendesak agar Ismail Sabri disingkir dari jawatannya.- AGENDA DAILY - 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Orang benar bersalah dlm hal ialah PM kerana masih nak ambik hati cina cina sial..dah tentu tentu kalah masa PRU dulu..tapi tetap di lantik jadi menteri lagi..sepatutnya buat luncai terjun dgn labunya...Kita tunggu dan dengar apa NAJIB nak komen mengenai KP MCA yg terang terang tak mengenang budi yg melayu dah beri pada mereka.

  2. Anonymous says:

    Jangan singkir Ismail Sabri daripada jawatannya tapi TENDANG MCA daripada BN!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.