..

..

KENAPA DAP BERKERAS DAKWA ANWAR MASIH LAGI KETUA PEMBANGKANG ?

on Thursday, February 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Apakah DAP terkena penyakit  gila meroyan akibat paling terasa kehilangan Anwar dalam PR ? 

DAP memerlukan Anwar untuk mempergunakan PAS melalui pengaruh besar bekas Ketua Pembangkang itu melalui geng Anwarinas . 

Apabila ketiadaan Anwar , siapa yang bakal menjadi leader de factor yang akan tentukan halatuju PR  itu ini ?? 

Itu DAP masih lagi tak dapat terima hakikat Anwar tiada ..





DAP menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, jawatan itu masih sah sekurang-kurangnya untuk tempoh 14 hari dari tarikh beliau dijatuhkan hukuman dan sehingga Anwar memfailkan rayuan pengampunan dari Sultan atau yang di-Pertuan Agong.

Justeru, Guan Eng berkata isu pengganti Ketua Pembangkang tidak timbul ketika ini kerana Anwar masih ahli parlimen walaupun berada di dalam penjara.




“Saya kena ulangi bahawa sekarang, pemimpin kami adalah Datuk Seri Anwar dan untuk 14 hari ini, dia masih ahli parlimen. Selepas itu, kalau beliau tidak memohon petisyen pengampunan, beliau akan lucut hak ahli parlimen dan sekiranya mohon pengampunan, dia masih ahli parlimen.

“Itulah sebabnya dalam aspek ini, kita masih menyokong sepenuhnya Datuk Seri Anwar dan kalau ingin mengundang spekulasi tentang isu lain saya rasa ini tidak menghormati kedudukan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya dalam sebuah sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Rabu.

Guan Eng berkata, perkara itu termaktub di dalam Fasal (4)(a) di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “kehilangan kelayakan Ahli Parlimen perlu berkuatkuasa apabila habis tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dia disabitkan dan dihukum atau disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan.”

Guan Eng menafikan DAP telah mengadakan perbincangan mengenai siapa yang bakal menerajui Pakatan Rakyat, sebaliknya bertegas akan teguh berdiri menyokong Anwar.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menolak spekulasi bahawa DAP berminat dengan jawatan Ketua Pembangkang.

Ujarnya, segala perbincangan dan keputusan berkaitan hala tuju Pakatan Rakyat akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi Pakatan Rakyat pada Jumaat ini.

Guan Eng enggan mengulas ketika ditanya mengenai PAS yang akan  bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar, dan berkata, dia hanya bercakap bagi pihak DAP dan tidak akan mengulas berkaitan hal dalaman rakan sekutunya itu.

Ketika ditanya mengenai persediaan untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, perkara itu katanya akan diputuskan selepas kerusi itu diumumkan kosong secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Keputusan muktamad itu dicapai sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Mazlan Ismail di kerusi tradisinya di Permatang Pauh sejak 1982 dengan majoriti 11,721 undi.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    mengikut peraturan spr, setelah anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun maka beliau bakal hilang kelayakan memegang jawatan ahli parlimen. sebaik hukuman dijalankan, spr layak untuk melakukan mesyuarat bagi menentukan samada perlu atau tidak prk diadakan. bagi menentukan prk perlu atau tidak, soal anwar mendapat pengampunan Agong akan diambil kira. untuk mendapat pengampunan Agong, pesalah mesti telah menjalani 1/3 daripada tempoh hukuman. ini bermakna anwar perlu dalam penjara lebih 1 tahun baru layak memohon pengampunan. jadi, spr sudah boleh buat kerja melaksanakan prk. bila spr umum prk akan dilaksanakan di permatang pauh, secara automatik anwar bukan lagi mp permatang pauh. jadi, secara logiknya dap bukan tak tahu proses ini tetapi sengaja pilih jalan berbelit untuk tipu penyokong pakatan. tapi, itu bukan masalahpun kpd bn sebab itu adalah isu dalam kelambu pr. biar mereka tipu penyokong dan tipu diri sendiri. cuma, jika bn buat bodoh bangang tak reti buat kerja serta kalah sekali lagi di permatang pauh, bukan bermaksud pr kuat tetapi sebab bn memang gabungan parti nak reput.

  2. Anonymous says:

    LGE racist, dia kata Anwar masih Ahli Parlimen dlm ms 14 hari! Ingatkan 14 000 tahun td! Beria2 benar dia pertahankan Anwar! X abis2 berlakon dorang ni!!

  3. Anonymous says:

    Anon 11.50, apabila pengundi taksub, parti pemfitnah ke penipu ke apa ke semua tolak tepi. Itulah sbb BN x menang. Tapi jika kali ini mereka sedar bahawa PR sebenarnya x membela rakyat Melayu di Pulau Pinang, mereka sepatutnya bealih arah.

  4. Anonymous says:

    The battle of Aljuburi is over.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.